Susu Goodday Green Tea dan Honey


I ni peminat tegar susu Goodday. Especially yang perasa strawberry tu. Sedap namatey uols. Beli harini 2 kotak besar, esok lusa dah habis. Tak menahan tau 2 kotak besau tu.

Baru-baru ni, Andy ada tunjuk gambar susu Goodday perasa Green Tea. And i pun macam wow! Nak rasa, nak rasa. Dahlah i suka minum green tea. Terus eksaited nak mencoba.


Kawan Andy kata dia beli dekat Petronas atau Shell. So, kitorang pun try lah pergi mana-mana Shell terdekat. Ada, ada. Takde takpelah. And alhamdulillah. Yes memang ada.


Masa grab sekotak Goodday Green Tea, tetiba mata ni terlihat eseh adalah pulak terlihat ye. hihi. Terpandang sekotak susu Goodday kaler kuning. I pun, "eh, ada perisa baru lagi ke?" Kotak kuning tu perasa madu.

Sebab sebelum ni i just jumpa Goodday yang putih, pink and coklat jew. Green Tea tu baru tau. And masa dekat kedai, nampak pulak yang Madu. Dah alang-alang kan. I grab jugalah yang madu tu. Nak rasa.

Masa ni i baru perasan, actually ada promotion tau. Kalau ambik 2 kotak, dapat free 1 kotak. So, dah ambik 2 kotak tadi maksudnya i dapat free sekotak lagilah kan. Haa, dengan halobanye i amik lagi sekotak Green Tea.

Harga untuk sekotak, RM2.50. Its quite expensive for me. Tapi yelah. Kedai minyak memang cenggitu. Kalau nak cari dekat supermakert, i confident gila belum ada yang dijual. Heheh. Confident jew khennn. So total untuk 2 kotak is RM5 lah. But since buy 2 free 1. Okaylah. Sekotak jadi RM1.70 macam tu.

Tak menyabar tau nak tunggu dekat rumah. Dalam kereta juga nak membantai. Goodday punya Green Tea, bagi i not bad lah. Sedap. Tapi tak sesedap Green Tea yang i selalu minum tu. Tapi okaylah. Boleh cuba dulu.

Untuk perasa madu pulak, wow! Sedap. Memang sedap. Rasa dia agak sesuatu. Nenek i ada rasa sikit. Dia tak suka. Actually bukan tak suka apa. Nenek i tak suka minum susu. So, tak kiralah susu perasa madu ke, belimbing ke, durian ke. Dah namanya susu, memang tak lalulah kat tekaknya.

But after all, perasa STRAWBERRY jugaklah number 1 for me. My fav! Sedap namateyyy. Brand Goodday memang sedap. Manis dia tak berapa manis sebab i tak suka sangat manis-manis ni walaupun i sendiri manis. ehemm. Lepastu dia ada rasa macam lemak-lemak gitu. Ee sedaplah.

Kena pandai survey harga tau. Haritu jumpa yang murah. Sekotak RM5.50. Ada kedai jual sampai RM7 tau. Actually, RM6.80. Nak doplohsen lagi RM7. Mahal uolsss. Beli dua, RM14. Kalau yang RM5.50, beli dua baru RM11. Penjimatan sehingga RM3 hokayyy! So, sila survey leklok ye.

I dah syok sangat dengan Goodday Strawberry sampai Andy suruh beli yang kotak besar gedabak tu. Stok sebulan. Hahaaa.
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Junzie
admin
August 25, 2017 at 1:34 PM ×

Xperna pula ju minum jenis ni, lagi2 mmg jenis kurg minum susu. tapi kdg2 pndai juga tekak ni request mau minum susu tp amat jarang =)

Congrats bro Junzie you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar