Kerja dan Belajar

Masa aku lepas habis SPM dulu, memang ada plan nak kerja sementara. Tapi ibu dengan ayah tak bagi takut aku dah tak ada hati nak belajar lagi. Masa aku dekat U, ada satu masa kejatuhan aku. Waktu tu memang perlu sangat duit dan aku tak nak susahkan ibu dengan ayah. So aku plan nak cari kerja part time. Tapi aku tak belakangkan ibu dengan ayah. Aku masih minta izin dan cuba berbincang dengan mereka. Sekali lagi cadangan tu kena tolak. Ibu dengan ayah tak bagi aku kerja masa tengah belajar. Takut lepas dapat pegang duit rasa nak belajar tu hilang. Dalam hati aku duk menafikan je kenyataan ibu dengan ayah aku tu. Bukanlah memberontak. Cuma kurang setuju. Tapi aku masih ikut cakap mereka. Aku tak kerja.

Now, aku dah mula kerja. Dah dekat lima bulan aku kerja. Kawan-kawan aku ramai yang dah sambung belajar. Aku? Kerja. Dan sekarang jugalah aku faham kenapa dulu ibu ayah aku tak kasi kerja masa tengah belajar. Orang tua selalunya betul sebab mereka yang makan garam dulu. Dah rasa masinnya macamana. Lepas aku dah mula kerja ni, rasa nak belajar tu perlahan-lahan hilang.

Benda ni bahaya sebenarnya terutama sekali kalau umur masih muda. Yelah, umur masih muda. Peluang nak belajar masih ada. Kenapa sia-siakan? Okey, aku tak menyesal pilih jalan ni sebab aku percaya rezeki masing-masing. Kita tak tau masa depan seseorang. Cuma, jangan pandang rendah sangat dengan orang yang tak belajar tinggi macam kita. Masing-masing ada kelebihan yang berlainan.

Antara bekerja dan belajar, mana lebih penting. Aku rasa, semua ada pendapat sendiri. So, tak boleh cakap aku betul, kau betul. Ada yang tak sambung belajar tinggi tapi masih boleh dapat kerja yang baik dan gaji tinggi. Ada yang sambung belajar tinggi tapi lepas habis belajar pun masih makan beras mak bapa. So, tak boleh salahkan sesiapa. Choose wisely. Paling penting, minta restu ibu dengan ayah.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
ary_lee
admin
October 10, 2015 at 5:44 PM ×

Tia, Hiiiiii! HahaXD
Ary dah bekerja dua tahun. And now, ary pursue professional qualification - ACCA. Meaning to say now ary sedang bekerja sambil belajar-2 in 1. Alhamdulillah, left 4 papers. Actually, belajar vs bekerja. Why need to choose if you afford and able to do both? Whatever it is, just make sure that the reason we do so is reasonable.

Reply
avatar
jeBateja
admin
October 15, 2015 at 8:56 AM ×

Dan den....bila dah tuaa ni....teringin nak belajar....uhukz

Reply
avatar
Nabila Syifa
admin
November 20, 2015 at 1:31 PM ×

sekarang susah nak cakap.terpulang masing2..keje ke belajar ke.tapi blajar pun sekarang ramai gak menganggur,

Reply
avatar
Pha Is
admin
December 12, 2015 at 9:12 PM ×

belajar tinggi2 belum lagi menjamin masa depan yg cerah.. ada yg belajar takat spm, jadi jutawan, ada yg belajar degree master phd, tak kemana pun.. but again, gaji pun tak boleh nk dijadikan penanda aras kejayaan seseorang secara mutlak...

setiap orang ada rezeki masing2.. tapi saya tak bersetuju jugak part kalau dah kerja, dah merasa duit, nanti jadi malas belajar. tak semestinya macam tu.. bekerja time belajar ni ada jugak kelebihan dia.

but again, semuanya bergantung kepada individu dan rezeki masing2..

hai Tia, lama tak singgah sini. ingat saya lagi..

Reply
avatar
gadis melayu
admin
January 20, 2016 at 9:58 AM ×

Salam,
Saya atia. sebelom ni saya pernah daftar agent untuk topup dengan awak. sebenarnya telefon saya dicuri. jadi habes semua maklumat mengenai cara2 topup semua hilang. boleh tak awk wasup ke saya. ni no wasup saya..0126491779

Reply
avatar