Ujian Saringan HIV - Sebelum Aku Bernikah

Amboi tajuk entri. Tak nak kalah uolssss. Haha. But yes. Hari ni aku dan pasangan yakni bakal suami aku sendiri pergi ke UTC untuk buat saringan ujian HIV. Kitorang nak selesaikan cepat semua urusan nikah ni. Inche tunang pun dah siap cakap dua minggu sebelum kami nikah, dia nak semua urusan dah selesai dan dia boleh rileks. Ewah ewah. Kemain lagi.

So alhamdulillah. Selesai satu cerita. Tak lama pun masa buat ujian tadi. Nurse tu cuma ketip sekali dekat jari manis aku ni, ambil darah dan tunggu keputusan depan mata. Oh ye, masa aku dan pasangan menjejakkan kaki ke bilik rawatan tu. Nurse tu siap-siap pesan dekat kami dua. Ni keputusan dia akan trang tang tang tunjuk depan weolsss. Kalau setuju, then nurse akan proceed. Yelah, isu HIV ni kan sensitif sikit. Aku dengan bakal pasangan setuju untuk tengok result kami dua depan mata.

Sebelum kena ketip dengan nurse, dia akan bagi sedikit penerangan pasal HIV dan Aids. Bahaya dia. Punca boleh dapat sakit ni. Haa gitu. Lepas dah explain dekat kami, nurse tanyalah siapa sukarela nak mula dulu. Kengkonon akulah kan. Belum sempat aku hulur jari, inche tunang dah bersuara dulu nak jadi orang pertama. Amboi kemain eksaited lagi. So, aku bagi dia jelah yang mula dulu.

Rasa masa nak kena ketip tu berdebar jugalah sebab masa tengok inche tunang, muka dia macam berkerut sikit. Aku pun tertanya-tanya. Sakit ke? Dah sampai turn aku, nurse tu mula pegang jari aku (cover with glove), masa tu nafas aku dah mula turun naik. Nurse tu macam faham je perasaan aku. Dia pesan jangan tarik jari tu masa nurse nak ketip. Inche tunang pun cakap tak sakit. Macam kena gigit semut je. Hamboihhh. Nak menyedapkan hati aku lah tu.

Dengan perasaan yang bercampur baur, aku relakan juga jari manis aku ni kena ketip dengan nurse yang manis tu. Aku tak tengok masa proses tu berlaku. Pandang tempat lain. Nurse suruh. Supaya aku tak rasa takut sangatlah tu kot. Papp!! sekali dan siap. Mula-mula tak sakit. Memang macam kena jentik semut. Dah lama sikit baru rasa 'aum' dia. Haha. Tapi kejap je.

Nurse tu ada pesan, prosedur ujian saringan HIV ni tak sama dengan semenanjung. Apa yang tak sama tu, aku pun tak sure sebab aku bukan dekat sana. Aku dekat Sabah. Cakap itu, cakap ini, akhirnya kami mengundurkan diri. Nurse siap ucap tahniah lagi. Yelah. Another step dah settle. Nak urus borang nikah lagi. Baru terasa prosedurnya sebelum nak nikah ni. Banyak yang perlu dikorbankan dan perlu ada yang berkorban. Esesehhhh.

Till we meet again gaisss.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

4 comments

Click here for comments
January 7, 2016 at 9:04 AM ×

semoga urusan dipermudahkn ya.

Reply
avatar
January 7, 2016 at 10:20 AM ×

bestnya! one step forward :D may Allah ease u guys. aamiin.

Reply
avatar
ewanthology
admin
February 6, 2016 at 9:06 PM ×

saya dulu nervous jugak tunggu result HIV ni.. x tau kenapa, rasa xde buat benda x elok pun tapi nervous tetap ada ... yelah, HIV ni boleh berjangkit dgn pelbagai cara kan :-))

Reply
avatar
Lia Irdelia
admin
February 15, 2016 at 4:24 PM ×

baru terbaca entry ini.. tahniah!!!

err.. mmg both pasangan kena g wat ujian sesama ke,?.

Reply
avatar