Thursday, March 19, 2015

Semoga Kau Terus Tabah

Sekarang dah masuk bulan 3. Pejam celik, dah masuk bulan 4. Rasa macam nak tak nak je percaya masa yang dah berlalu secepat ini. Macam-macam dah berlaku selama aku tak update blog. Malas je nak menaip. Padahal dekat wechat, boleh je tiap jam aku update status.

Actually, baru-baru ni mak kawan sekelas aku baru meninggal. Seriously aku jadi speechless lepas dapat berita tu. Nak-nak lagi sekarang final exam dah makin dekat. Masa semua tengah stress sekarang, dia pula dapat ujian macam tu. Allah je yang tau apa dalam hati dia.

Sekarang pun dia masih dekat kampung. Aku dengar, next week kot baru dia balik. Aku taktau nak cakap apa dekat dia. Tapi yang aku tau, dari kengkawanlah. Dia memang seorang yang tabah. Depan kitorang gelak-gelak. Dalam hati, Tuhan je tau apa yang dia rasa. Dia memang jenis camtu. Kalau ada masalah, jenis tak tunjuk dekat member. Senyum je. Gelak je.

Semoga kau tabah kawan.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 5, 2015

Babak Hidup

02:44am

Tak ada siapa nak babak sedih dalam hidup dia. Tapi tak ramai yang tahu dan cuba ambil tahu kenapa perlu ada babak sedih tu dalam hidup dia. Yang dia tau, babak-babak sedih tu cuma menyusahkan dia.

Terima kasih pada babak sedih yang ada dalam hidup aku. Sejujurnya, aku hargai setiap babak yang berlaku.



posted from Bloggeroid