Tak sabar atau tak ada jodoh?

Assalamualaikum.

I pernahlah korek-korek citer dari husband lepas dah kahwin ni. Sajelah nak tau kan even sebenarnya tak elok kalau i buat. So, apa i buat? Tak buat apapun. Tanye jew. I tanya husband soalan cenggini,

"Sebelum kite kahwin, you ada girlfriend tak?"

Husband rilek je jawab.

"Mana ada,"

And you know lah girls ni kan. Actually dia dah tau benda tu tapi still jugak nak tanya-tanya. Selagi tak dengar sendiri apa yang dia nak dengar, selagi tu dia akan mendesak. Macam i. Hahahahhaa.

I balas lagi.

"Eleh, you tipu. Mustahil you takde bercinta dengan orang lain sebelum kita kahwin. Alaa, gtaw je. I tak marah ponnnn."

The words "i tak marah pun" sure akan digunapakai oleh girls. Selalunya, berjaya. Its umpan gaisss. hihi

And then husband i jawab,

"Kawan tu adalah,"

You see you see. Hahahaa. Oh husbandddd.

"Ohh kawannnn. So, kenapa tak kahwin dengan dia?"

"Takde jodoh."

Lepas dari tu, i know lah. Husband cerita, dia dengan kawan dia tu tak berapa nak ngam. Perempuan tu asyik paksa husband i masa tu untuk kahwin. Husband i pulak baru dapat kerja. Nak kahwin acane kalau ekonomi tak stabil lagi kan.


Last-last depa ambik jalan memasing. And sejak dari tu, husband i just fokus keje je. Dia kumpul duit untuk kahwin even masa tu takdak calon pun lagi.

Pendekkan cerita, Allah temukan kami laki bini. Tak bercinta pun. Tapi dah jodoh, akhirnya kami kahwin. Yang kawan perempuan dia tu dah kahwin jugak. Tapi i dengan husband lah yang kahwin dulu. Perempuan tu kahwin beberapa bulan lepas i dengan husband.

Kesimpulannya, jodoh tu akan datang juga tak kisahlah cepat atau lambat. Just kena sabar je. Takleh nak paksa-paksa weh. Kang ko paksa alih-alih partner ko jadi pengantin orang lain. Huuuu

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
January 25, 2017 at 8:45 AM ×

ada btulnya dan ada sbbnya. kdg bukan paksa, tp nak tgk keseriusan. tp apa pun jodoh di tangan ALLAH. kann.

Reply
avatar