Uber-Men deodorant untuk lelaki

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ada keluar shopping barang baby sikit. Tapi dah alang-alang tu, i suh lah husband beli deodoran dia sekali sebab deodoran lama dia ghaib entah ke mana.

I suh beli tu bukannya sebab husband ada problem dengan bau badan ke apa. Husband i memang pembersih even badan dia jenis berisi. Tapi i lagi prefer dia pakai wangi-wangian sebab dia pun kerja dekat opis kan. Kengkawan terhidu pun, adelah bau-bau smart sikit.


Ada banyak jenis. And sebelum ni pun husband pakai jenama Nivea Men which is okay juga still wangi bahkan i boleh tau husband pakai ke idok deodorannya tu. Tapi kali ni i nak husband try Uber-Men laksss. Untuk Uber-Men ni ada banyak. I tak berapa nak ingat sume. Setiap satu ada tester and i hidu sume. Tapi dalam banyak-banyak tu, i lagi suka yang STYLE. Bau dia tak keras and just nice bila i terhidu. Husband pun sukaaa. Sebab tak sakit hidung katanya. Woahooo. Citarasa laki bini sama wei.


Husband i memang camtuh. Salu kalau weols shopping barang dia, nak juga soh i tolong pilihkan. Dulu pun masa tunang nak cari barang hantaran dia which is baju kemeja nak p kerja and seluar slack, pon suh i tolong padahal mak dia ada masa tuh. Hahahaaa.

Kalau yang deodorant ni, i think i shud tolong pilihkan jugaklah sebabnya i yang akan hari-hari duk ngadap dia. Husband wangi, i pon sukeee. Gitteww.


posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Muhd Firdaus
admin
January 26, 2017 at 12:22 AM ×

lama x datang lawat blog ni. dah kahwin rupanya tia ye ? huhu. Pernah guna sekali je uber men ni pastu guna nivea semula.

Congrats bro Muhd Firdaus you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar