Kelebihan Samsung Corby 2 (II)

Ada siapa-siapa yang guna handphone Samsung Corby 2 tak? Saya tengok
ramai je yang guna handphone ni termasuk kawan-kawan terdekat saya.
Dan sekarang , saya juga sudah menjadi pengguna Samsung Corby II ni.


Mula-mula saya tak suka pakai handphone Samsung ni. Saya rasa macam
leceh terutama bila nak menaip SMS. Yelah , handphone ni jenis screen
touch. Semua nak sentuh skrin termasuklah SMS.


Tapi , lama kelamaan saya jadi suka pulak. Saya sedar , disebalik
kekurangannya ada banyak kelebihan yang saya jumpa. Sampai saya dah
mula jatuh suka dengan handphone ni. Tu yang siap buat entri lagi.


Antara kelebihannya ialah:

1. Boleh tukar font yang sedia ada dengan font lain mengikut kesukaan.

2. Boleh ubah saiz tulisan di mesej dari kecil sampai besar.

3. Boleh buat kunci mengikut pilihan. Contoh , kalau nak kunci MESEJ
aje boleh. Maksudnya , orang boleh buka handphone tu tapi tak boleh
buka MESEJ macam peti masuk , item dihantar , tulis mesej. Best yang
ni! Boleh kunci MEMO. Kalau nak buka apa yang dikunci , kena masukkan
password dulu.

4. Boleh tetapkan nada tertentu untuk setiap pemanggil yang berlainan.
Contoh , kalau suami atau isteri call. Lagu "Doaku Untukmu Sayang"
yang berbunyi. Hehe..

5. Ada kemudahan Wi-Fi sudah semestinya.

6. Harga yang berpatutan.


Haha! Ada lagi rasanya tapi saya lupalah. Lain kali pula saya update ye :)


**Maaf , tiada gambar dapat disertakan. Sila search di google okay. Sekian..
Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
November 28, 2012 at 5:35 PM ×

tukar font???hurmm macam mane ye nak tukar font tuh???ta jumpa pun.... :(

Reply
avatar
November 28, 2012 at 5:37 PM ×

Hai Kka Tia! Ingat Syaa lagi tak? Rindu T.T
Ehh, Syaa pun pakai Corby jugakk lahh :D

Reply
avatar
Nur Zulaikha
admin
November 28, 2012 at 5:41 PM ×

sy pun pengguna corby 2..eh..boleh tukar fon tulisan ek..x tahu pun..huhuhu..yg pling best wifi la dan harga yg murah..:)

Reply
avatar
Unknown
admin
November 28, 2012 at 6:56 PM ×

dieba , zulaikha. ye , memang boleh tukar font. saya sendiri dah cuba. berjaya. ada caranya. cari dekat google ye. insyaAllah , ada masa saya update caranya. tunggu saya dapat laptop nanti.

bidadari besi , ye kak ingat kamu lah sayang :))

Reply
avatar
Syat0za Zai
admin
November 28, 2012 at 8:53 PM ×

zai masih guna CSL lg =="

Reply
avatar
Unknown
admin
November 29, 2012 at 9:36 AM ×

wah..dah ada wifi..nice info :)

Reply
avatar
Abu Bagi
admin
November 29, 2012 at 11:36 PM ×

aku ndak tau pulak.. sbb aku guna bb.. mana gambar.. blh imagine sikit :)

Reply
avatar
ary_lee
admin
December 13, 2012 at 10:38 PM ×

Caner tia lock mesej sahaja?? Nak tau gak!

Reply
avatar
Kareena
admin
May 29, 2014 at 12:46 PM ×

Mcm mana nk on internet? Dri phone sendiri?

Reply
avatar