Belum Masanya

"Umairah... Ni handphone ada orang call," laung puan Seri dari ruang tamu. Umairah yang mendengar namanya dipanggil segera berhenti membaca buku. Cepat-cepat dia keluar dari bilik. Bimbang pula uminya akan menjerit lagi. Tak sopan pula rasanya.

"Ada apa umi?" soal Umairah setibanya dia di ruang tamu. Puan Seri sedang sibuk membelek majalah.

"Handphone Umairah bunyi tadi..."

Umairah hanya menjeling telefon bimbitnya di atas meja kecil yang disediakan di ruang tamu itu.

"Laa, Umairah ingatkan ada apalah sangat. Rupanya handphone," kata Umairah sebelum dia berpusing semula untuk masuk ke bilik menyambung bacaannya tadi.

"Eh budak ni. Buat tak endah je dengan handphone dia. Mairah. Nanti ada panggilan penting macamana?" balas puan Seri mematikan langkah Umairah. Dia berjalan menuju ke meja kecil tersebut dan mencapai telefon bimbitnya.

Sedang sibuk menekan punat, mata Umairah tertumpu pada satu nombor. Tiada nama yang tertera. Tapi Umairah kenal sangat pemiliknya. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia duduk bersebelahan dengan uminya di atas sofa.

"Ha, kenapa mengeluh pula tu?" soal puan Seri.

"Tak adalah umi. Memang ada orang call," balas Umairah. Puan Seri hanya memandang anaknya tapi tidak pula berkata apa-apa. Dia kembali membelek resepi di majalah.

Tiba-tiba telefon bimbit Umairah bergetar tapi tiada bunyi. Umairah sempat 'senyapkannya'. Orang yang sama juga menelefon. Umairah tetap tidak mengangkat panggilan tersebut. Mula terbit rasa kasihan pada si pemanggil yang tidak jemu-jemu mendail nombornya. Apakan daya, Umairah tidak mahu memberi apa-apa harapan.

"Maafkan saya Iman," bisik Umairah dalam hati.

Semenjak berhijrah, Umairah sudah tidak menjawab panggilan yang tidak penting dari mana-mana lelaki. Dia tidak mahu melayan lelaki yang tiada kaitan dengan dirinya. Dia tidak mahu jatuh cinta dengan mudah. Biarlah cinta itu hanya untuk bakal suaminya nanti. Dan dia tidak mahu memberi apa-apa harapan palsu pada mana-mana lelaki. Bimbang hati mereka terguris andai dia tidak mampu membalas cinta mereka.

"Belum masanya," kata Umairah.

Maafkan aku. Aku hanya mahu menjaga hati ini juga membantu menjaga hatimu. Jujur aku katakan, tiada niat untuk menyakiti sesiapa kerana aku juga pernah rasa bagaimana disakiti. Izinkan aku menjaga hati untuk seseorang yang telah Allah jagakan untuk aku.


Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
May 25, 2013 at 12:59 AM ×

sama la aku.. huhuhu :) Hanya untuk yg halal sahaja.

*aku rasa macam cerita ni dekat je dengan someone.. adakah? :)

Reply
avatar
Nora Karim
admin
May 25, 2013 at 2:13 AM ×

masa bercinta ni rasanya banyak masa terbuang, duit pun sama... kadang2 hati pun sakit... kalau betul dah bersedia... berkahwinlah... :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 25, 2013 at 8:33 AM ×

hmm.. boleh tak lyla share kat blog lyla..? hehe.. ni kisah benar ke? hehe

Reply
avatar
Unknown
admin
May 25, 2013 at 10:21 AM ×

betul tu kak. kalau belum bersedia, janganlah diusik hati orang tu :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 25, 2013 at 10:23 AM ×

alhamdulillah. boleh. tia alu-alukan. terpulan pada mata dan hati lyla yang membacanya. tia hanya menyampaikan sekaligus berharap ianya memberi manfaat pada yang membaca :D

Reply
avatar
May 25, 2013 at 6:12 PM ×

alhamdulilah baguslah semoga Allah merahmatimu

Reply
avatar