Tamat Belajar

Tamat sudah pengajian Mia selama tiga tahun di universiti itu. Tidak disangkanya tiga tahun itu berlalu dengan begitu pantas sekali.

"Habis tu lepas ni apa rancangan akak?" soal Risya. Panggilan kakak diberi pada Mia kerana beza usia mereka tiga tahun.

"Entahlah Sya. Rancangan akak nak sambung degree lepas ni. Nak memenuhi impian ayah dan ibu akak."

Mia anak sulung. Besar harapan kedua orang tuanya untuk melihat dia berjaya.

"Tu impian mak ayah akak. Macamana dengan impian akak?"

Mia mengukirkan senyuman pada Risya.

"Impian akak untuk buat ibu dan ayah akak bahagia."

Tinggal satu semester saja lagi untuk aku tamatkan pengajian. InsyaAllah. Moga dipermudahkan.

Bila dah makin dekat nak habis belajar ni, barulah rasa macam banyak benda lagi yang nak dibuat. Cari kerja, kumpul duit nak bagi ayah dengan ibu peluang untuk jejakkan kaki ke tanah suci, bantu adik-adik yang masih sekolah, itu, ini.

Cepatnya masa berlalu. Aku dah nak masuk 24 tahun. Tapi manja dengan keluarga tak habis lagi. Nampak gaya, aku belum bersedia nak bina rumahtangga dan tinggalkan keluarga macam tu je.

Lambat untuk aku faham semua ni. Aku hampir "buta". Tapi sekarang, aku nampak dengan jelas.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Unknown
admin
November 3, 2014 at 3:52 PM ×

manja puas2 duulu...nanti dah manja dengan suami tak sempat nak manja dengan mak ayah..hehe

Congrats bro Unknown you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar