Hi.
Tajuk entri takleh blah langsung. Ada pula dalam kurungan, main titis. Tssk!
Pernah sakit gigi? Atau tengah sakit gigi? Waktu untuk sakit gigi ni tak kira masa. Paling kejam kalau tengahmalam. Sakit dia boleh buat orang nangis woi. Lupa semua kisah putus cinta, cinta ditolak, dan sebagainya. Tu gara-gara sakit gigi je tau. Nak pergi klinik atau hospital macam tak kena waktu je kan. Nak tunggu pagi, rasa macam lambat sangat masa berlalu. So, patutlah simpan ubat penahan sakit gigi sementara nak menunggu pagi untuk pergi klinik atau hospital.
Sakit gigi ni mungkin sebab gigi dah rosak atau berlubang. Tak kisahlah lubang besar ke kecil ke. Ending dia tetap juga sakit kalau tak ada apa-apa tindakan diambil. Macam cabut ke if dah teruk sangat lubangnya. Tapi kalau masih boleh selamatkan, elok tampal je. Kalau sikit-sikit nak cabut, dah tinggal apa dalam mulut tu?
Jangan ingat budak-budak je yang boleh kena sakit gigi ni. Orang dewasa pun boleh kena tau. Tak kira umur, jantina, bangsa, agama, pangkat. Ambuih. Over.
Ubat penahan sakit gigi dapat bertahan untuk sementara waktu. Dia tak boleh nak sembuhkan gigi tu. Kena pergi klinik atau hospital juga rujuk doktor nak buat apa dengan gigi. Cabut ke tampal. Bergantung pada keadaan gigi juga. Kotlah waktu sakit gigi tu macam tak kena waktu dan tempat kan. Bolehlah guna ubat penahan sakit gigi tu.
Mengikut pengalaman aku. Ada dua jenis ubat penahan gigi yang aku pernah jumpa setakat ni. Yang main telan dan yang main titis. Dua-dua okey. Harga pun boleh tahan. Hahaaa. Bergantung pada kedai atau farmasi juga. Tapi tempat aku ni memang agak mahal juga. Sunlight Pharmacy dekat 1Borneo. Tu pun syukur alhamdulillah sebab aku jadi member dengan farmasi ni. So, tiap kali shopping ada potonganlah. Shopping mende kau dalam farmasi? 😂
Kali ni aku share yang main titis dululah k.
Jenama Hurix's. Eh ekceli ada dua jenis yang main titis ni. Tapi yang satu tu macam aku tak berapa nak confident. Tengok botol je pun aku macam 'berkesan ke ni?' Aku ada tanya akak farmasi tu. Which one yang lagi okey. Sebab yang satu tu harga dia murah sikit. Around RM6 lebihlah berbanding Hurix's RM8.40. Belum tolak diskaun as member lagi. Aku suka akak farmasi tu. Dia kata bergantung pada keadaan gigi juga. Haa betullah kan. Yang mahal tak semestinya berkesan.
Tapi last-last aku rembat juga yang Hurix's tu. Sebab memang dah pernah pakai. Berkesan juga. Tak perlu nak pakai berkali-kali untuk tahan rasa sakit tu. Pakai sekali, tunggulah sakit tu reda.
Rasa ubat ni pedas-pedas sikit. Dan sangat tak sedap. Sila baca arahan sebelum nak guna ye. Untuk ubat penahan sakit gigi yang main telan punya, lain kali aku share.
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ConversionConversion EmoticonEmoticon