Macam yang uols tau, nak study dekat universiti memang makan belanja yang banyak. Nak bayar yuran, nak beli buku, nak beli makanan. Tu tak kira bayaran lain-lain lagi. So, memang banyak and i faham sangat-sangat sebab dulu pun i pernah rasa semua tu.
Since i anak sulung dari 7 beradiks, kesedaran tanak menyusahkan mak bapa tu tetiba je hadir. Yelah sebab tau kan ada lagi hadek-hadek yang nak ditanggung. Sebolehnya i tanak minta duit belanja dari parents kecuali dah betul-betul masuk fasa darurat, barulah berkias-kias berpantun sajak bagai nak minta duit. bahaaa
So, apa i buat supaya tak minta sangat duit poket dari parents?
I belajar cari duit sendiri. But for your information, i tak buat kerja part time dekat luar eh. Jadi cashier ke, pelayan restoran ke, takdek. Sebab i pernah minta izin dari mak nak keje part time luar dari kolej (asrama), tapi mak tak kasi. I faham. Takut nanti bila dah biasa pegang duit banyak, hilang pulak minat nak belajar. Takpun, nanti dah letih buat kerja part time takda masa pulak nak belajar. Unless, you memang jenis yang betul-betul kuat nak push diri sendiri jadi lebih berdisiplin. gituuu
I terfikir nak buat bisnes. Yelah kan, mentang-mentang ambik course business studies. Idea yang muncul pun nak buat bisneslah jugak. Tapi i sedar, nak buat bisnes ni perlukan modal. So, apa yang i buat is i cuba cari bisnes yang tak keluarkan banyak modal.
Ada ke bisnes tak pakai modal?
Eh adalah. Ada.
1. DROPSHIP
Pernah dengar pasal dropship tak? Dropship ni memang tak pakai modal tau. Konsepnya mudah sangat.
Uols cari dulu mana-mana peniaga yang tawarkan Agen Dropship ni. Dah jumpa, uols kenalah promote dan jual produk mereka. Peniaga tu akan bagi harga Agen untuk produk mereka and uols dibenarkan untuk bagi harga sendiri pada customer. Contoh you nak jual lipstick. Peniaga kasi harga agen sebatang lipstick dengan harga RM1. So, you boleh jual dengan harga RM2. Ambil order, bayar pada peniaga mengikut harga agen, and peniaga tu akan pos barang yang customer you nak beli. Senang kan? You just ambik order je. Barang akan dipos oleh peniaga.
Tapi kena becareful sikit. Kena banyak survey and make sure peniaga tu memang trusted seller. Tak memasal uols pulak kena tipu kang. Nauzubillahminzalik. And lagi satu, kena pandai cari peniaga k. Sebab kadang ada peniaga yang kenakan yuran kalau nak jadi agen dropship mereka. Tengoklah, worth tak kalau uols bayar yuran tu. Kalau potensi nak dapat untung tu tinggi, boleh je keluarkan sikit modal. Ye ah kadang peniaga ni nak tengok whether you memang serious nak jadi agen dorang ke atau u saje nak dapatkan harga murah demi kepentingan diri sendiri.
Dulu dropship ni tak femes tau. Tapi sekarang memang melambak orang tawarkan agen dropship. Kena pandai pilihlah cari produk apa yang jadi trend sekarang. Masyuk sikit.
2. SERVIS FOTOSTET & PRINTING
Ini i lucky sebab ada printer yang boleh photostate and printing sekaligus. So, i bukalah servis ni. Tau lah student kan banyak sangat nak copy tu copy ni. Print paper exam lah, assignment lah, tu lah ni lah.
Macam i, i guna printer yang pesen ink dekat luar. Brand EPSON kalau tak salah. Kalau beli ink pun murah. Paper lak, survey lah kedai yang jual murah. I dulu sampai kena beli berkotak paper sebab ramai sangat student yang perlukan perkhidmatan printing ni sume. hihi
3. JUAL TOPUP
Yes! this one punya bisnes pun boleh tahan bagus jugak. Since sekarang orang dah ramai sangat pakai handphone, sure ramai juga yang perlukan topup kan. Especially student.
i dulu sampai tengahmalam pun ada orang nak beli reload. Boleh kata tiap hari memang ada customer lah.
So, camne leh dapat stock topup?
Okey yang ni i tak pakai kupon gores-gores tu tau. I topup customer direct masuk je. Tak risau sangat sebab each transaction yang berjaya, ada report i dapat. So, takdenya customer nak menipu. Hempuk je kalau kata tak sampai padahal report success dah sampai dekat i.
Nyelit jap. Kalau uols nak try jadi agen topup, boleh inform i k. Yuran murah gile. RM10 je seumur hidup. heee
Thats all. Setakat ni, tu jelah dulu. Actually, nak bisnes ni bukannya senang. i dulu pun, ada ups and down nya. jangan ingat boleh terus kaya eh. Paling penting, simpan niat untuk bantu orang lain especially orang tua. InsyaAllah, mudah urusan uolsss
Toodles!
posted from Bloggeroid
2 Comments
Click here for CommentsYup betul, kalau nak buat dropship kena cari seller yang boleh dipercayai. Kalau seller menipu, kang nama kita yang rosak.
Replydropship lagi senang rasanya kan..at least boleh la buat tambah beli buku dan keperluan yang lain
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon