Rezeki inferon



Hari ni hari ketiga merasa suntikan inferon sempena haemoglobin (HB) yang low gila-gila. So, ada balance 7 days to go lagilah. Perasaan? Sumpah dah redha serah diri dekat klinik tiap hari. Sakit macamana pun, dah reti nak be strong dah.

Last HB 8.1gdl je. This coming 22/3/2017 ada review lagi. Semangat jugak nak tau HB naik berapa banyak.

So, tadi kena cocok. hmmmm. Padan mukalah. Sape suruh duk fikir sangat sakitnya sampai lupa nak lembutkan otot masa kena cocok tu. Effect dia, sakitlah padahal boleh je kurang rasa sakit tu kalau watlek. hehhh

Takpe, ada 7 kali lagi jarum. Kena usaha lebih pasni. kekekkk

Nak throwback sikit masa memula nak kena bagi inferon nih. Bila doktor dah bagi kata putus "okey, hari ni start inferon k" tapi dalam hati punyalah merintih merayu meraung kata tak nak inferon tak nak inferon please tanakkkk!

Sebabnya i dah baca pengalaman mommies yang dah dapat suntikan inferon ni. Agak seriau jugekkk. Tapi nak buat acane kan. Demi baby. T_T

So, i okey je.

Tapi kan, tapi kannn. Alhamdulillah. Sebab everything happens for a reason gaisss. Even lah kan sakit kena jarum inferon tuh, i still bersyukur sangat sebab rezeki dapat nurse yang baik. So, kena cocok pun tapi nurse layan baik gile sampai balik-balik tanya "okey tak ni? okey tak?" rasa sakit pun macam kejap je dah hilang. thanks nurse Junaidah and nurse Diana. Siap buat i gelak-gelak lagi gituu.

Rezeki wehh.

Tu lah kan. Actually macam ni. Kita ingat kita tak boleh tapi kita lupa yang Allah tu Maha Mendengar. same thing goes to me lah. Lepas dapat tau nak merasa inferon, i just mintak Allah bagi kekuatan je. And alhamdulillah lah. Even nurse kata,

"kalau rasa nak menangis, menangis je. kalau rasa nak menjerit, menjerit je sebab saya tau jarum ni memang sakit."

haa see. Nurse sendiri mengakuinya. Inferon sakit. Tapi syukurlah i rasa sakit kejap lepas tu dah boleh huhahuha dah. ekkekekk

Yang penting, kena postif je lah ye.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »