I dah berangan nak bercuti dengan family hujung tahun ni. Ala, tak jauh pun. Dalam Malaysia jugak tapi luar dari Borneo lah. I plan nak pergi Langkawi. weehuuu! Percutian kali ni, i nak plan betul-betul. Tak nak dah macam pergi Kuala Lumpur sebelum ni. Punyelah trip huru hara. Dengan hotelnya baru nak dicari. Berpeluh-peluh iols mengangkut bagasi semata-mata nak mencari hotel je. Dah! cukup! takmo dah macam tu. Kali ni, i akan plan trip i guna aplikasi Traveloka.
Tau tak apa Traveloka tu? aih, takkan taktau kot? even i yang bukan kaki travel ni pun boleh tau, takkanlah uols taktau. Ada masuk tv hari tu lah. Tak perasan ke? -.-
haa, tu lah Traveloka. Dalam bahasa mudahnya, Traveloka ni adalah website yang kita boleh guna kalau nak tempah flight atau hotel tak kira di mana atau bila-bila masa je.
Since sekarang zaman dah serba maju kan, eloklah download aplikasi Traveloka tu dekat Playstore. Macam-macam ada gaiss. Plus, kalau dah ada app takyah dah nak susah-susah cari PC ke laptop ke apa semua. Tak payah. Laptop tu punyelah besar gedabak ko nak heret sana sini. Banyak renyah. Kan dah ada smartphone. Guna jelah smartphone uols yang canggih tu. Beli memahal tapi tak pakai, elok sedekah je kat i. Postage i tanggung :P
Buka Playstore, guna keyword TRAVELOKA masa nak search tu k. Install macam biasa. Dah install, sangatlah digalakkan untuk register. Trust me! Kalau dah sampai kena register jadi ahli bagai ni, sure ada banyak kelebihan. Register k. Tak bayar pon. FOC!
All in one gittew. Memang senang. Nak book hotel ke, nak book flight ke, nak tengok promosi ke, nak buat payment ke. haa, semua boleh belaka.
Contohlah uols nak tengok flight kan. Macam i sendiri, bila nak bandingkan harga tiket kapal terbang tu. Banyak kerja kena buat. Nak tengok tiket AirAsia, buka website AirAsia. Lepas tu buka new tab lagi. Nak tengok tiket Malaysia Airlines (MAS), buka pula website dorang. Kan banyak kerja tu.
So thanks to Traveloka lah sebab dah settle kan masalah macam ni dengan mencipta app yang super duper easy tu. Lepas ni, kalau uols nak bandingkan harga tiket flight. Guna je aplikasi Traveloka ni. Dia mudahkan keje kite. All we need to do is, bagi je tarikh bila nak pergi. Traveloka yang akan tolong list kan harga tiket untuk kita gaisss! tak tipuuu
See, dia dah list kan siap-siap. Tinggal nak pilih je. Macam i yang bergaji sendu ni, sure lah ambik harga paling murah kan.
Lepas pilih, kalau dah comfirm, isi lah form yang dah disediakan. Nampak tak dorang dah bagi jumlah harga yang kita kena bayar? Yes gais. Inilah yang best kalau dengan Traveloka. No hidden charge! Berapa harga yang ko nampak, itulah yang akan ko bayar. Kalau nampak RM5, RM5 lah ko bayar. Tapi kalau harga berubah, pihak Traveloka takkan buat senyap. Dia akan inform awal-awal macam ni,
Haa, kan dah bagitau. So, kalau nak cancel pun boleh. Takdelah kita nak mengamuk, "eh tadi kan RM5 je. Kenapa tetiba boleh jadi RM5.10 lak ni. Pentipu! Mencik, mencik, mencik!" lulss
Untuk pembayaran pulak, worry not sebab senang gila. Kalau yang dah biasa dengan online banking, senanglah sebab ada Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam etc etc. Yang penting, uols adalah online banking. Kalau takde, sila pergi bank sekarang dan apply untuk online banking. Free je takpayah riso.
Kalau nak buat pembayaran guna kad debit/kredit pun ada. And last option, kalau uols nak cuba bayar secara cash di kaunter pun boleh tau. What? Boleh cash ke? First time dengar ni. ye boleh kak, abang, bolehh. Traveloka kasi chance untuk bayar cash di kaunter. Dekat mana? Haa, pernah pergi 7eleven tak? Uols boleh je bayar cash dekat situ kalau ada logo MOLPay. Sambil tunjuk skrin yang ada kod bar, cakaplah, "abammm. titew nak bayar ni guna transaksi MOLPay leh tak?" ngee
Tau apa lagi yang best kalau buat pembayaran dengan Traveloka ni? Dorang akan bagi kita masa tau. At least dalam 2 ke 3 jam macam tu ke. Bergantunglah. So takdelah kite nak kelam kabut buat pembayaran masa tu juga. Nak p minum pekena kopi sat pun boleh.
Traveloka sangatlah memahami customers mereka. Yang penting, uols kena alert lah dengan masa yang diberikan. Jangan sampai expired k. Tak memasal kena ulang balik buat tempahan plak.
Lepas selesai buat pembayaran, Traveloka akan hantar e-ticket. Haa, ni part yang paling syok. Kalau sebelum ni kena fikir lagi nak print tiket apa semua kan. Leceh kot! Kalau ada printer sendiri takpe. Ni nak kena melilau pulak cari cyber cafe lah, cari printer lah. ish. Banyak kerja betol.
Tapi dengan Traveloka, dorang dah bagi kita e-ticket. So, just tunjuk je masa nak check in tu. Lepas ni, takdelah risau tiket hilang ke, tertinggal kat mana-mana ke sebab dah ada e-ticket. And lagi satu, even takde line tenet pun kita still boleh akses e-ticket tu. Pheww! Senang tak senang wey?!
Ohye, apa yang i bagitau kat atas tu bukan cuma untuk book tiket flight je tau. Nak book hotel pun macam tu jugak. Sama je. Harga akan dibandingkan siap-siap oleh Traveloka. And dia bukan untuk dalam negara je tau. Luar negara pun boleh. Singapore ke, Jakarta ke, eh mana-mana suka hati ko lah. Haa gittew.
And lagiii. Kalau uols pakai app Traveloka ni, nak book flight ke hotel ke tapi untuk orang lain, boleh je. In case lah kan yang minta tolong book tu takde online banking ke, tak reti nak guna app Traveloka ni ke, atau busy sesangat mengalahkan retis ke. haa, uols boleh tolong book kan. Best tak?
Pasal promosi pulak, yess. Traveloka memang selalu buat promotion yang marvellous mamamiaaaa! So, kalau tak nak ketinggalan promosi promosi tu semua. Register lah jadi member. Pastu kena rajin tengok dekat app bahagian promosi dorang. Selalu sangat ada promotion tau. Even sekarang pun ada promotion tengah diadakan.
Dah cite panjang-panjang ni, meh i ringkaskan kelebihan menggunakan aplikasi Traveloka ni.
1. App Travekola ni ringan. Pastu kemas. Senang nak guna. Paling penting, ianya PERCUMA! :D
2. App Traveloka tolong kita bandingkan harga-harga tiket dan hotel.
3. App Traveloka takde taktik hidden charge macam dekat sesetengah tempat. Apa yang kita nampak, itulah yang kita bayar.
4. App Traveloka mudahkan kita untuk buat pembayaran guna cara online banking, kad debit/kredit dan bayaran tunai di kaunter.
5. App Traveloka akan bagi e-ticket untuk kita check-in. Tak payah dah nak print. Takde line internet pun masih boleh akses lagi e-ticket tu.
6. App Traveloka kasi kita book tiket flight atau hotel bukan cuma untuk diri sendiri tapi juga orang lain.
7. App Traveloka selalu buat promosi. So, kena alert lah ye. Daftar jadi ahli, uols akan jadi orang pertama yang tau kalau Traveloka ada buat promosi kaw-kaw.
Baca je tak seronok juga kan. Kena cuba sendiri app ni. Uols boleh download APLIKASI TRAVELOKA ni sekarang untuk plan percutian yang berbaloi-baloi. Murah, Mudah dan Pantas! 10 minit pun boleh siap kot. Kan semuanya dah ada di hujung jari kannnn.
posted from Bloggeroid
5 Comments
Click here for Commentssaya guna agoda je... nak tukar lain rasa sayang pulak sebab dah banyak point terkumpul dan so far takde buat masalah masa nak check in mana mana
Replynice share.. so far blom pnah guna lagi.. nnti nk try la..
ReplyNice share! Nak tanya sis.. tiket flight tu inc insurans ke tak ya? If tak inc.. mcm mana nk beli separate? Tqvm for ur attention😘
Replytraveloka memang terbaik
ReplyDah lama install trevaloka ni.. Tpi belom pernah booking tiket lg..Inn Sha Allah try guna bln jul ni.. Tpi buat byaran guna 7eleven je.. Ntah brapa hari baru kna email e-ticket tu ya..?
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon