Resepi Puding Karamel guna 4 Bahan Mudah Dijamin Sedap


Juadah berbuka kelmarin buat Puding Karamel je sebab mudah dan sedap. Saya kan peminat puding telur ni. Bagi saya sorang makan pun boleh habis. Dalam blog ni, saya dah pernah share resepi puding karamel ni. Ramai juga yang buat carian di google dan sampai ke blog saya. Kalau nak tengok resepi tu, boleh klik link ni Resepi Puding Karamel

Kali ni saya nak share lagi resepi ni tapi lagi mudah dan rasanya pun memang sedap macam resepi sebelum ni. Bezanya resepi kali ni saya tak letak air. Guna susu saja. Bagi saya sukatan resepi yang ni lebih mudah. Sukatan ni saya try and error saja. Alhamdulillah menjadi.

Lagipun, resepi yang ni tak guna banyak telur. Jimatlah telur untuk buat lauk sahur nanti kan. Hehe.

Kalau nak buat banyak untuk makan keluarga, bolehlah double kan sukatan. Yang sukatan saya ni boleh dapat 1 acuan. Lagipun dalam rumah ni saya sorang je yang suka makan. Dessert kegemaran. Suami tak berapa sangat. Dia makan cuma nak maniskan mulut je.

Okey mari saya share resepi step by step sekali dengan gambar ye.

BAHAN-BAHAN DAN CARA UNTUK BUAT KARAMEL :

• 5 sudu makan gula
• 3 sudu makan air


Caranya, masukkan gula dan air ke dalam kuali. Buka api. Kacau-kacau dan tunggu sampai jadi keperangan. Jangan sampai hangus. Nanti rasa pahit tak sedap. Serius. Tapi kalau suka pahit, boleh buat hangus sikit.

Dah jadi karamel, cepat-cepat tuang dalam loyang atau bekas nak buat masak puding. Ratakan cepat-cepat. Tak boleh lambat sebab masa ni gula akan cepat mengeras. Biarkan di tepi.

Sekarang dah boleh ready panaskan pengukus.

BAHAN-BAHAN DAN CARA BUAT PUDING TELUR :
3 biji telur saiz B
1 tin susu cair
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla


Caranya, pukul manja telur sampai pecah kuning. Masukkan susu cair, gula dan esen vanilla. Kacau sampai sebati tapi jangan sampai berbuih. Agak-agak gula dah larut, tuang dalam bekas karamel tadi dan tutup guna aluminium foil. Kukus selama 40 minit atau sampai masak.

Dah masak biar puding sejuk sikit. Agak-agak dah sejuk bolehlah pindahkan ke piring dengan terbalikkan loyang secara perlahan-lahan. Ketuk-ketuk sikit loyang tu kalau puding degil sangat nak keluar.

Nak lagi sedap, masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan dulu. Kalau tak nak, boleh je terus hidang dan makan.

Senang kan? Lepas ni boleh lah cuba buat sendiri pula untuk makan dengan keluarga.

ANTARA SOALAN-SOALAN YANG DITERIMA :

Boleh guna susu kotak?
- Boleh. Terpulang. Tapi bagi saya susu kotak kurang 'kick' nya. Sebab tu saya guna susu tin saja

Kalau lupa letak esen vanilla?
- Takpe. Esen vanilla cuma untuk hilangkan rasa hanyir telur. Tak letak takpe

Tak bungkus guna aluminium foil boleh?
- Boleh je

Rasanya tu jelah kot. Selamat mencuba!
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
I am LZ
admin
May 22, 2018 at 11:23 AM ×

Salam Ramadhan Tia..
Sangat mudah resepi puding karamel Tia, rasa LZ nak cuba petang ni.
Paling penting bahan-bahan semua mudah didapati..
Thanks for sharing..

Reply
avatar
Normi Nieza
admin
May 22, 2018 at 12:28 PM ×

alahai..sdap tu tia..:)

Reply
avatar