Resepi Sambal Petai Udang Kering Mudah dan Sedap


Tetiba jadi hantu petai padahal sebelum ni jangankan makan, pandang pun tak hingin. Lepas tu terfikir apa pasal lah orang suka makan petai ni. Sedap sangat ke. Mak kalau jumpa petai, dibantainya terus sekilo. Lagi murah, lagi lah berkilo dibeli.

Dek kerana rasa ingin tau tu membuak-buak macam gunung berapi nak meletusss, ace torai lah gigit seinci. Gigit je, puikkk. Pahitnya makkk macam dah gigit sebiji petai. Bau kuat pulak tu. Esemennn. Sejak tu memang dah tak berkenan langsung dengan petai.

Tapi entah ngape. Lepas ada anak ni, selera tekak dah berubah 360 darjah. Yang dulu jadi fevret sampai tahap kalau takde rasa macam tak lengkap je hidup tapi sekarang jeling pun tak mahu oii. Dah tak kesah dah pun.

Dulu hantu beras mentah tau. Gigit kunyah-kunyah sampai tahap ketageh. Bila tak kunyah sehari rasa lesu yakmattt. Gelisah hati meruntun hiba.

Yang dulu punya kemahen benci petai tapi sekarang sampai tercari-cari setiap pelusuk pasar. Bila tak jumpa cari, rasa kecewa tu takleh digambarkan. Kalah orang ngidam tau. Tapi iols tak pregnant.

Tu lah orang kata. Benci jangan benci sangat. Cinta jangan cinta sangat. Eh boleh ke selit ayat ni? ah tak kesahlah.

Yang penting, dah jumpa pun petai dekat pasar malam. Gigih tau wasap semua tanya mana nak dapat petai memalam. Pasar konfem tutup. Tapi syukur ada pasar malam. Tu pun sorang je yang jual petai. Pastu mahei cekik vampire blood lak tu. Dia dah siap kopek, packing siap dalam bekas polystrine. Entah ada berapa biji taksempat kira. Harga RM5 sebekasss

Nak makan punya pasal, bantai jelah RM5 pun. Mana nak cekau lagi memalam.

Balik rumah kul 12 tengahmalam tak nyabau nak makan petai. Ketang ketung dekat dapur lesung pun bunyi tetengahmalam. Dulik hape kalau orang ingat hantu tengah main lesung. Janji hasrat hati tertunai.

Lepas beberapa minit bersilat ala-ala chef international, akhirnya siap jugak sambal tumis petai bersama udang keringkuuu. gittuuuu. Makan dengan nasi panas memang sedap hoiii. Sumpah tak tipu. Ni tengah taip pun ailio menjejes teringat sambal petai tu. Masuk udang hidup lagilah sedap tak pandang kiri kanan. heshhh

So, meh nak share resepi sambal petai simple tapi sedap yahamatttt. Siap bertambah nasi sedo sedo esok bangun pagi badan naik sekilo. Pengsannn. Dah lah melantak tengah malam, tambah nasi pulak tu. Redha jelahhh

BAHAN-BAHAN
- Petai sebagai bahan utama
- Udang kering
- Bawang
- Cili kering/cili boh
- Belacan
- Asam keping
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa

CARA-CARA MASAK SAMBAL TUMIS PETAI UDANG KERING

Memula sekali, sediakan petai. Dah basuh, potonglah ikut suka. Macam kita baru nak belajar makan petai, kita potong kecik-kecik. Hiris-hiris.

Tumbuk bebawangs. Nak blender buleh, nak hiris buleh. Tak kesah nak guna bawa apa sekalipun. Kita kehabisan bawang merah dan puteh. Yang ada bawang besar. So bantai jelah bawang beso tu. Tumbuk guna lesung malas nak keluar blender.

Ambik kuali panaskan minyak. Masukkan bawang tumis sampai naik bau. Jangan sampai hangit. Nyesal tak sudah nanti. Pastu masukkan cili kering atau cili boh dan kacau sampai pecah minyak. Pecah minyak ni, kita boleh nampak ada lapisan minyak dekat atas cili tu. Paham dak ni?

Bila cili dah konfem masak, buh gula sesikit. Jangan gelojoh nak letak bebanyak. Nak buat sambal ke nak buat air? ke nak kencin maneh?

Ambil belacan. Nak wangi bako kejap. Ramas dengan air. Tuang dalam kuali. Letaklah asam keping. Agak-agak je kang masam lak sambal. Kacaukan dan tunggu sampai mendidih. Kalau taknak tunggu sampai mendidih pun takpa. Masukkan petai.

Kacau lagi sampai kuah memekat. Buhlah garam & serbuk perasa. Rasakan dulu. Mana yang kurang tambah. Mana yang lebih tak dapek den nak tolong. Bila dah sedap, okey tutup api. Makan dengan nasi panas sedapppp

Dah boleh hidangkan atas meja makan. Ada lebih simpan dalam bekas tertutup masuk peti sejuk. Nak makan, panaskan je balik.

Ni nak tanya ni. Susah ke tak masak sambal yang mabeles ni? Haaa senang gilosss. Prektis hehari konfem dah boleh amik order. Wow gituuu. So, all the best guysss.
Previous
Next Post »