Aku dan Fara Masa Cuti



Aku suka sangat nak menangguh update blog. Tapi kalau dekat wechat. Amboiii. Kemain beno royanannya. Aku rasa, tabiat menulis aku ni dah kemain menjadi-jadi. Tak menjadi hari aku kalau sehari tak update status dekat wechat. Ghasenye, dah nak terkeluar bijik mata reader yang selalu nampak status aku lalu depan skrin engpon dorang.

Mungkin sebab aku rasa dekat wechat aku boleh taip ringkas seringkasnya. Tapi kalau dekat blog aku taip ayat sebaris, rasanya something not wrong dekat situ. Tak relevan orang kata.

But yeahhh. Pilu juga hati kalau menulis tapi isi tulisan macam angin je. Mean, takda mesej bermakna yang disampaikan. Bimbang menambah dosa pula. Tskk, tskk. Nauzubillahminzalik.

Okey, berbalik pada cerita aku. Sebenarnya sekarang dah cuti. Dua minggu. Sejak 20 disember 2014 bersamaan dengan hari sabtu. Tapiiiiii. Dengan high confident-nya. Aku tak balik. Stay je dekat kolej. Dua minggu kauuuu. Oh, ohhh. Cerita macam hebat je kan. Lupa mention. Aku bukan sorang. Ada kawan yang cantik teman aku. Nama dia Fara. Hai Faraaa 😘

Seriouslyyyyyyyyy. Banyak sangat benda yang berlaku. Biasalah. Hostel yang besar gila ni, tak ada orang, ada pun aku dengan fara je, dah sah lah mende yang pelik ada kannnnnn. Besarkan hati, lapangkan dada je lah.

Pasal makanan. Of course cafe tutup. Tapi, tapi, tapiiiii. Kitorang pinjam rice cooker kawan. Kecik aje saiznya. Comel bak anggggg! Please, please, pleaseeee. Ni rahsia kite je ehhhh.

Aku dengan Fara shopping :

1. Beras 5 kg - RM13
2. Telur sekotak (36 biji) - RM11
3. Berus dawai - RM3
4. Minyak - RM2
5. Sosej - RM3
6. Kicap adabi - RM6

Fineeeee. Berus dawai tu aku rasa macam nak pitam tengok harga lepas kena scan dekat kaunter. Silap aku juga. Cuai. Tengok takde harga terus main agak-agak harga kengkonon RM1 je. Tak comfirmkan betul-betul sebelum angkut masuk bakul. Sampai kaunter, nganga. Mahal dan akal aku tak boleh nak terima. Tersedu sedan aku nangis depan cashier tuuuuhhh. Sampai hati jual memahal.

Sosej pula aku rasa macam nak jentik je pipi aku yang comel ni. Boleh aku pergi ambik sosej tu?? Ni masalah confident tak bertempatlah ni. Macam lah aku ada simpan peti ais dalam bilik dekat asrama tu. Macamlah sosej tu akan membeku dua minggu. Kannnnn??

Kelmarin beli sosej, hari ni bau semacam dah keluar. Nak tak nak, kena goreng semuanyaaaaa. Kalau tak, membazir je. Seronok pula kang syaiton gelakkan aku buang sosej dalam tong sampah.



So, malam tadi habis sebungkus sosej aku dengan Fara kerjakan. Oh, macamana aku goreng sosej? Aku guna rice cooker je. Rosak tak rosak rice cooker, belakang cerita. Amboi kau Tiaaaa. Macam rice cooker family kau je kannn. Huhuuhhh.

Apalagi eh? Ohyeee. Malam ni aku tidur dekat bilik Fara. Dan mungkin besok aku jalan. Banyak sangat urusan yang nak diselesaikan. Daftar SSM lagi, beli kain lagi, potong kain lagi, jahit tepi lagi, jual lagi, promote lagi. Eh?? 😍

Okey baiiii. Nak sambung main laptop. Selamat malam uolsssss.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »