Karakter Anak Pertama

Semester ni, dapat banyak lecturer perempuan. And i guess, sorang je kut lecturer lelaki. Macam balas dendam rasanya. Yelah, dari part 1-6 most of our lecturer perempuan.

Dalam banyak-banyak lecturer perempuan, ada sorang lecturer ni ajar Operations Management (O.M). Kami panggil madam sebab beliau dah berkahwin dan sekarang sedang hamil. Masa sesi perkenalan diri dalam kelas, madam minta kami bagi nama, asal dan anak ke berapa dari berapa orang adik-beradik.

Lepas selesai sesi suai kenal, madam bagitaulah dia nak tau kami anak ke berapa sebab dari situ dia boleh tau karakter kami. Hulamakkk madam.

Aku? Anak sulung dari 7 orang adik-beradik. Karakter aku sebagai anak pertama, memang boleh ditemui dalam mana-mana artikel berkaitan karakter anak pertama. Tapi banyak juga rahsia pasal diri aku yang masih belum diketahui orang lain.

Jadi anak sulung dalam keluarga memang sesuatu yang sangat mencabar. Pernah juga aku merungut. Tapi tu dululah masa kecik-kecik lagi. Gaduh dengan adik perempuan nombor 2 sebab dia dapat apa yang aku tak dapat. Frust kot masa tu.

Banyak benda yang aku dah lalui sampai kengkadang aku nangis sensorang. Bukan tak ada kawan tapi itu salah satu perangai aku. Lebih suka berdiam daripada luah dekat orang lain. Ibu kadang risau dengan aku. Takut tekanan perasaan. Tapi aku selamba badak suruh ibu chill. InsyaAllah. Aku okey.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
cik karmila
admin
December 7, 2014 at 8:18 PM ×

sama la kite..hihi

Congrats bro cik karmila you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar