Hidup Rasa Manis, Pahit, Masin, Tawar

Based on my trueeeee storyyyyyy. ahaks!
hi. nama aku Fatiha. Kengkawan panggil Teha. Ada juga panggil Kaktia sampai bunyi dah macam katiak. Tapi sebenarnya dorang panggil aku kak Teha. Sebab aku comel tu pasal dorang panggil aku kakak. Dekat rumah aku kena panggil along which is aku adalah anak pertama. Dan panggilan paling rare aku adalah Tia which is tu nama aku dalam alam maya sebagai blogger.

Umur bagi aku tak sensitif sebab aku selalu rasa muda. untuk tahun 2014 ni, officially umur aku 23. Status? Belum berkahwin sebab ibu aku yang super duper gorgeous kata siapa nak aku, directly pergi rumah. Jangan mengada bawa aku dating pergi tepi pantai. Kalau mak aku nampak, dua-dua akan hanyut karam di lautan. Ayah aku lagi simple. Kalau dia nampak aku khyusuk ngedate tepi pantai dengan boypreng, sekali shot je guna M16. Sebab tu aku sayang ibu dengan ayah. They know what type of man that i shud choose.

Bercakap pasal pelajaran. Sejujurnya, aku bukan budak pandai straight A. Tapi tu bukan alasan untuk aku goyang kaki dan habiskan beras dekat rumah. Lepas SPM, aku dapat tawaran masuk tingkatan 6. Baru beberapa hari duduk dalam kelas, dah dapat panggilan pergi PLKN which is tempatnya dekat Kem Jugra Banting, Selangor. Jauh betul aku tercampak ye.

Lepas habis 3 bulan berjauhan dengan keluarga di Sabah, aku balik semula bawa pengalaman berguni-guni. Sampai je dekat Sabah, aku dah kena masuk balik kelas tingkatan 6 yang aku tak habiskan sebelum lari pergi Selangor. Hari pertama masuk kelas tingkatan 6, aku dah terkebil-kebil. Buku setebal 300 mukasurat dorang dah habiskan. Tetiba pula ada kena bagi kerja rumah untuk dihantar besok. Tak ada sebarang alasan diterima kalau kerja sekolah tak siap. Dengan confident-nya, besok pagi aku tak pergi sekolah. Itulah first and last day aku dekat sana. Aku berhenti. Lepas tu aku duduk rumah je.

Berkilo-kilo juga beras aku habiskan sebelum dapat tawaran pergi Politeknik Kota Kinabalu. Dekat sana, aku ambil Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik selama 4 semester (2 tahun). Bunyi macam hebat je kan? Tapi aku tak lama dekat sana. Ringkas cerita, tak ada rezeki. Puas juga telinga aku ni terima habuan soalan dan statement "pesal kau quit dekat Poli tu? sayangnyaaaaa", "eee. rugilah kau quit dari Poli", and so on.

Lepas dah berhenti dari sana, perasaan aku nak belajar seolah-olah dah mati. Aku macam malas dah nak belajar. Tapi syukur alhamdulillah aku dapat keluarga yang tak berhenti bagi sokongan dan dorongan pada aku. Sampailah adik perempuan aku nombor dua cadangkan suruh aku masuk UiTM melalui Pra-Diploma.

Dah memang rezeki kan. Permohonan aku berjaya dan aku dapat UiTM Kota Kinabalu Sabah. Masa nak menyambung belajar untuk kali ketiga ni, semangat aku memang dah terbang entah ke mana. Aku rasa aku belajar masa tu just untuk jaga hati ibu dengan ayah je. Langsung tak ada matlamat yang jelas.

Tapi sekarang, alhamdulillah. Aku dah final year pun. Dah masuk semester 6. Seriously, bukan senang untuk aku dapat capai apa yang aku dapat sekarang. Sepanjang aku di UiTM, macam-macam aku dah rasa. Pahit, manis, tawar, masin semua campur sekali. Aku juga pelajar repeater. Mengulang subjek yang gagal. Tapi alhamdulillah. Dengan izin Allah, berkat doa keluarga, berkat doa kawan-kawan, aku di sini sekarang!

Gile ahhhhh. Sekarang, semangat aku dah makin berkobar-kobar. Matlamat makin jelas. Rancangan untuk masa depan dah ada. Kahwin? Sorry. Calon masih kabur-kabur. Jadi, aku buat yang jelas dulu lah eh? InsyaAllah, aku sedang berusaha ke arah matlamat itu. Semoga semester akhir ni aku dengan kawan-kawan akan dapat keputusan yang membahagiakan.

Orang akan selalu pandang rendah dekat kita sebab kita tak sepandai mereka. Tapi kita jangan sekali-kali biarkan diri kita terima pandangan yang rendah tu sampai kita hilang keyakinan pada diri sendiri. Kita mungkin kurang dari segi pendidikan. Tapi lebih dari segi kemahiran. Dan begitulah juga sebaliknya. Rezeki ada di mana-mana. Cuma kita yang kena usaha sebab rezeki takkan bergolek depan mata. Guna semua sumber yang ada di sekeliling kita untuk berjaya.

Apesal aku rasa dah macam pakar kaunseling ni? Hahaa. Tapi betul. Pengalaman adalah guru terbaik. Aku belajar dari pengalaman. Sebab tu aku boleh menulis dan berkongsi sejauh ini. Kalau ikutkan, masih berjela lagi ayat yang aku nak lakarkan. Tapi biarlah aku simpan dulu.

Mohon doakan aku dan kawan yang berada di semester akhir UiTM Kota Kinabalu Sabah akan dapat keputusan yang membahagiakan. Sekalipun tak membahagiakan, mohon doakan kami berjaya di luar nanti. Paling penting, berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabb..

Menulis hobi aku. Menjadi penulis cita-cita aku. Bosan baca cerita aku, you may block me guys. Bak kata Shahrin, "kak Teha ni sikit-sikit merajuk. tumbuk ni." perhhh! ada hati nak tumbuk aku tuuuu. Dia tak tau ayah aku ada M16, ibu aku ada skill di lautan. Okbaiiii.

Copy and Paste dari WeChat. Nak add boleh je. Tapi takut nanti juling baca moments aku. Paling penting, segala urusan takel menakel atau usha mengusha aku tak layan. Kenapa? Sebab aku dah mention dekat atas. Ingat M16? Ingat karam di lautan?

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Diana Rashid
admin
December 23, 2014 at 2:57 PM ×

Akak pulak tak de wechat.heheh..wechat tu macam sms ke?/atau pun lebih kurang cam facebook tu??Ayah Tia askar la ye??memang dia orang sabah ke?/sebab biasanya kalau askar,dok sabah sebenarnya dia bukan orang sabah..

Reply
avatar
IK Tia
admin
December 23, 2014 at 10:32 PM ×

WeChat tu macam facebook juga kak. sikitlah. hehee. sebab boleh add friends. boleh hapdet status. Ayah bukan askar kak. and ayah bukan orang Sabah. orang Ganu kiteeee :D

Reply
avatar