Sim Magic Celcom yang Baru

Kelmarin sampai lambat dekat tempat kerja. Ingat dah lambat sangat. Rupanya manager pun tak sampai lagi. Yelah, jauh kot perjalanan dorang tu. Lebih kurang sejamlah. Mana nak harung jalan yang sesak lagi. So, memandangkan dorang belum sampai. Aku plan nak turun bawah kejap beli reload. Internet aku dah tak bernyawa sekaligus menyebabkan whatsapp aku, wechat, twitter, instagram, facebook tak boleh nak on.

Masa tengah beli topup tu, mata terpandang satu sim celcom. Aku tengok dekat sikit, ada tulis Sim Magic kalau tak silap. Yang pasti, perkataan Magic tu jelas di ruangan mata. Aku pun tanyalah akak dekat kaunter tu.

"Kak, sim apa ni?"

"Sim celcom yang baru."

"Boleh tengok tak kak?"

"Kami belum jual dik."

Okey baiklah. Hampa gila aku nak tengok sim tu. Tapi seriously macam best. Nampak macam sim tu bagi free basic internet. Means, untuk whatsapp boleh lepaslah kan macam yang hotlink buat tu. Tapi aku tak sure sangat. Lagipun, belum kena jual lagi. Aku tertarik sebab aku memang pengguna celcom tegar. Banyak-banyak sim yang aku dah try, celcom masih berada di carta hati walaupun ada jugalah beberapa kali curang dengan rangkaian lain. Hewhew.

Celcom punya pakej internet ni nak kata mahal, hmm tak juga. Tapi sikit mahal tu aku angguk laju-laju jugalah kadang-kadang bila takde duit. Dan tapi juga. Walaupun dia macam mahal kan, serius aku puas hati. Aku dah berapa kali beli yang RM38 sebulan untuk 2GB. Suka gila kottt. Dekat area yang aku pergi, selalunya line celcom yang ada. Line lain tak berapa nak ada. Tu yang kadang angin juga.

Eh ehhh. Aku dah lari topik. Tadi nak cerita pasal sim magic celcom je. Hahaaa. Tapi kalau dah boleh jual nanti, aku ingat nak beli dan cuba juga. Dari info yang aku jumpa, sim tu akan dijual dengan harga RM5 dan ada kredit RM3 dalam sim tu. Oh dan rupanya sim ni memang baru diperkenalkan. Okey nampak sangat aku tak alert dengan berita semasa. Sibuk sangat kerja.

Sim magic celcom, mu tunggu aku datang dehhhh. Hehhh.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Atia amir
admin
January 19, 2016 at 3:46 AM ×

Slm. Hye tia. Sye atia. Sye pnh dafta agent topup under awk. Smlm henfon sye dicuri. Segala maklumt psl cara2 nk topup ada dlm fon tu. Boleh x wasup sye smula prosedur. No sye 0126491779.

Congrats bro Atia amir you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar