Aztec Clay Mask Pun Ada Fake vs Original


Aztec Clay Mask pun Ada Fake vs Original | Benda fake atau tiruan ni, bukannya isu yang baru kita dengar. Dah biasa dah. Asal ada barang bagus je, mesti ada yang buat sejibik sejebon tapi hakikatnya. FAKE!

Dan barang yang tak original ni pulak selalunya mengundang bahaya especially yang melibatkan nyawa, kesihatan, kulit and so on. Macam Aztec clay mask ni lah. Benda ni nak disapu atas kulit kita. Kalau beli yang tiruan, rasa-rasa apa yang akan jadik?

Takut nak imagine. Hmmm

First of all, bila ada yang buat barang tiruan ni. Kita taktau menatang gapo yang dicampurkan. Kot dia masukkan serbuk simen ke, serbuk tanah kubor ke, serbuk batu ke. Mana kita nak tau kan. Yang penting tiruan ni bila kita sekali pandang je, terus nampak macam oh inilah diaaaa. Tapi sebenarnya, FAKE!

Kalaulah bahan-bahan yang dia guna untuk buat fake tu mendatangkan bahaya pada kulit dan boleh bagi efek buruk, alangkah menangis dan merananya kita.

Tu lah pentingnya kena siasat sampai ke lobang cacing. Jangan main taram beli jahhh. Buang duit, satu. Kulit rosak, dua. Buang masa, tiga.

Tau tak kenapa aku boleh kata macam ni? Sebabnya, aku sendiri dah terkena dengan Aztec yang bukan original. Tulah padahnya nak yang murah je. Memula memang tak syak apa. Just tegejut kenapa dia jual murah. Lepas survey harga, dia punya paling murah padahal benda tu agak mahal tau.

Packaging 405gm yang no.2 besar dia jual RM37 je. Murah namateyyy! Dekat luar orang jual harga RM50 ke atas kot. Bila aku tanya seller tu, ORIGINAL TAK? Dengan konfidennya dia jawab YA ORIGINAL. Aku tak tunggu lama dahhh. Terus bantai beli sebekas sebab caye ngan seller.

Masa dah beli Aztec clay mask yang kononnya original tu, aku memang dah alert ciri-ciri Aztec yang fake. Gambarnya pun ada. Gambar tu, kalau search dekat google memang melambak. Fake VS Original.


Kalau search info pasal Aztec Original dan Fake, korang akan jumpa ciri-cirinya macam dekat bawah ni.

ORIGINAL AZTEC CLAY
1. Warnanya sedikit kehijauan
2. Texture lebih halus dan soft bila di sentuh dengan jari
3. Apabila dicampur dengan apple cider vinegar/cuka apple, campuran akan sedikit berbuih dan seperti bergas. Ia merupakan tindak balas clay terhadap cuka.
4. Clay akan terasa begitu halus dan mudah disebatikan dan berwarna kehijauan
5. Apabila disapukan pada wajah, terasa effect seperti diurut tanpa rasa pedih pada sekitar wajah atau mata
••••••••••••••••••••••••••••••
FAKE AZTEC CLAY MASK
1. Warna kekuningan
2. Texture yang sedikit kasar jika dibandingkan dengan yang ori
3. Apabila dicampur dengan apple cider/ cuka apple, tiada sebarang tindak balas
4. Clay akan nampak seperti kenyal sedikit dan berwarna kekuningan / cream color selepas disebatikan
6. Setelah disapukan clay, wajah dan mata akan terasa pedih. Tetapi masih terasa effect seperti di urut
7. Setelah mask kering pd wajah, dia akn bertukar berwarna putih

Berita baiknya, aku tak terbeli pun Aztec fake yang ni. Tapi berita buruknya, aku terbeli Aztec tiruan versi lain yang ciri-cirinya ya Allah almost 100% sama macam yang original. Serius gila yang buat fake ni. Rasa nak menampo je. #Gerammm

Aztec fake versi baru aku jumpa ni memang saling tak tumpah sama macam yang the original one. Bekas sama, ada bubble masa mix dengan apple cider sama, tak memedihkan kulit masa pakai pun sama. Ye koranggg. Aku dah terpakai dah Aztec fake ni. Kohajaq betuiii. Syukur kulit tak transform apa-apa. Nauzubillahminzalik.

Meh aku list kan ciri-ciri Aztec Clay Mask fake yang aku jumpa pulak.

1. Warna yellowish langsung tak nampak greyish
2. Tekstur kasar berbanding ori
3. Bila campur acv, ada bubble macam ori
4. Clay jadi kekuningan langsung takde nampak grey
5. Muka tak rasa pedih & ada efek muka diurut macam ori
6. Bila dah kering, mask tak ada kesan retakan macam ori. Dia rata je.


See, perbezaannya tak banyak kecuali warna clay. Memang nampak sangatlah. Tapi aku pernah tanya seller Aztec ni. Original ke kalau clay kaler yellowish tapi ada buih masa campur acv. Katanya ori. Bukankah ori yang kaler greyish sahajaaaa?

Walaupun aku dah tekena yang bukan original, tapi alhamdulillah. Ada hikmahnya. Disebabkan ketakoriginalan itulah aku nekad nak jual Aztec Clay Mask ni. Aku dah tekena, so tanaklah orang lain pun kena.


Dan scary nya, penjual aztec tiruan tu masih berlegar dekat luar tau. Seller tu agak femes jugak sebab dia ada ramai customer. Dibuatnya orang lain beli dekat dia lepas tu repack balik. Dah sudahhhh. Aku tak berani nak tegur, so aku buat awareness saja melalui post ni.

Kalau nak lebih terjamin, korang boleh beli terus dari aku. Stock memang tak putus insyaAllah. Korang nak beli yang besar boleh, nak beli yang repack pun boleh. Takde hal.

Nanti dalam entri lain, aku nak share macamana kulit muka aku boleh pulih dari breakout dengan pakai Aztec Clay Mask ni. Siap ada gambar dari first day breakout lagi.

Korang yang ada masalah kulit muka, dan dah cuba macam-macam produk tapi macam takda apa-apa perubahan. Boleh cuba pakai clay mask ni. Kalau korang search dekat instagram, youtube, google. Memang dah ramai bagi feedback bagus. Yelah. Clay mask ni Cleopatra dah guna dalam ritual kecantikkan dia beratus kurun abad dulu lagi.

Nak tanya pape atau nak terus order, korang boleh klik link dekat bawah. Nak harga terus pun klik je okey.

Klik Sini untuk Tanya Pasal Aztec
Klik Sini untuk Harga Aztec
Klik Sini untuk Order Aztec

Previous
Next Post »