Semalam aku sakit perut. Masuk angin rasanya. Mebi sebab aku tak makan tengahari. Perut kosong. Tu yang angin bedesup masuk tu. Sakit dia, Ya Allah. Sakit sangat. Bahagian dalam perut belah kiri aku ni macam ditarik-tarik.
Dia elok kejap, sakit balik. Bila sakit tu datang, sumpah aku kata. Sakit. Sampai tahap tak boleh nak berdiri tegak. Bersin pun sakit. Aku kan selsema. Bila bersin ja, sakit dia tu. Fuhhh. Begetar lutut menahan sakit. Nak bersin je, aku tahan.
Lama jugak aku menahan hazab peritnya. Dari pukul 9 malam sampai 11 malam. Dah habis merata aku google cari petua nak hilangkan angin dalam perut. Tapi entah hape-hape yang aku jumpa. Tak membantu langsung.
Last-last aku kol mak. Risau juga kalau dah tidur. Pukul 11 malam lewat sangat dah ni. Tapi syukur mak tak tidur lagi. Tanyalah macamana nak hilangkan angin dalam perut. Mak tanya. Takde minyak gamat ke dalam rumah? Mana ada.
Mak suruh bakar 5-6 ulas bawang putih. Goreng atas api dengan kulit dia sekali. Tanpa minyak ye. Goreng cenggitu je. Dah nampak hangus kulit bawang putih, angkat. Lepas tu makan. Tapi janganlah makan dengan kulitnya. Buang kulit tu.
Kalau tanya apa rasa. Hmmm. Selalu kan bawang putih rasa macam pedas. Tapi ni bila dia dah digoreng, rasa pedas tu pop! hilanggg. Yang tinggal hanyalah rasa bebawang. And yes. Tak sedap pun.
Dari 5 ulas yang digoreng, aku mampu gigit seulas sahaja. Yang lain aku cuma mampu tengok.
Selain dari telan bawang putih. Adik aku gigih rebus air halia asli. Dia letih dengar aku dok aduhhh aduhhh sakittttt. So dia ambik alternatif. Masuk dapur dan rebus air halia. Bila dah siap, suruh aku minum.
Tapi aku cuma mampu telan seteguk saja sebab sakit perut aku dah pooffff hilang tanpa ucap selamat tinggal. Bukan sebab bawang putih ye. Tapi sebab aku ada ratah ikan tongkol masak sambal. Sambal tu aku buh halia. Sambil ratah ikan, tergigit juga cebisan halia.
Lepas insiden tu angin perut tetiba hilang. Entahlah. Sebab ikan tongkol masak sambal ke atau dah memang sampai seru dia nak hilang. Aku pun tak boleh nak agak.
Maka, hazab aku pun tamat sampai situ. So lepas ni, aku tak berani dah biar perut kosong. Mati akal aku bila perut masuk angin. Siyes sakit yang tak boleh nak bawak bincang. Heee. Tobak akuuu.
ConversionConversion EmoticonEmoticon