Bisikan Rindu

Bismillahirrahmanirrahim.

Rindu.
Aku tak tahu macamana boleh ada rasa macam ni.
Ada yang kata, sebabnya sayang.
Bila sayang, jadi rindu.
Lepas tu, aku fikir balik.
Logik juga.
Aku jadi rindu dengan keluarga bila jauh dari mereka.
Rindu tu boleh jadi lebih hebat bila airmata ikut join sekali.
Maka, jadilah aku budak cengeng yang merindukan keluarga.

Aku ada banyak kawan.
Macam biasa.
Nak mengharapkan kawan yang sempurna,
dalam mimpi pun rasanya tak ada.
Jadinya, tabahkan hati menerima 1001 karenah mereka.
Susah untuk aku merindukan kawan-kawan.
Pelikkan?
Macam tak ada kawan.
Padahal ramai.
Entahlah.
Aku sayang.
Cuma rindu tu yang susah nak kunjung tiba.
Mungkin sudah lali merasa penangan makan hati.

Rindu...

Bila dekat, pandang pun tak mahu.
Bila jauh, asyik kata rindu.
Rindu selalu bertamu.
Lalu aku teringat kamu.

Apakah kamu ingat aku?
Sebagaimana aku mengingatimu.
Ingin sekali ku dengar lafaz itu.
Bahawa aku dirindui kamu.

Terbangku sekejap lewati kisah kita.
Memori indah hadirkan bahagia.
Kini kita tak lagi bersama.
Moga ingat aku bila kau di sana.

Aku jenis tak tahan rindu.
Sikit-sikit nak mengadu.
Tapi sekarang aku dah tahu.
Pada ALLAH S.W.T aku luah rasa yang terbuku.

Harapanku cuma satu.
Moga bahagia menceriakan harimu.
Kerana waktu untuk bertemu.
Aku sendiri tak tahu.

Lalalaaa..
Rindu, rindukanlah diriku :D

Source

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
BungaTulip
admin
May 30, 2014 at 9:45 AM ×

Rindu pada keluarga memang selalu hadir
tambahan pula bila kini berjauhan dari mereka
yang lagi parah bila rindu beserta air mata
tak dapat di ungkap rindu yang menekan di dada

kenapa masa bersama dulu tidak mahu dihargai
sedangkan kini sudah berjauhan terpisah dek jarak
berbahagia la siapa yang selalu bersama mereka,
ya, mereka yang bergelar keluarga tersayang
hargai masa bersama kerana kelak kamu juga akan merindu sedangkan masa itu tidak boleh di ulang kembali...yang tinggal cuma kenangan bersama mereka

ah...aku pun rindu mereka!!

Congrats bro BungaTulip you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar