Sampai hati

Assalamualaikum.

Selalu kalau hari Jumaat husband rajin balik kalau takde urusan luar sebab jarak rumah dengan tempat kerja dia tak jauh mana ponnn. Lebih kurang 15 minit dah boleh sampai. Dia solat Jumaat dekat area sini sekali boleh lunch sesama lepas solat.


Around 12.30 tengahari macam tu dia gerak p solat pestu sampai rumah dalam jam1 lebih. Selalu kalau dah sampai rumah, dia nak terus lunch sebab kol 2 dah masuk opis balik. Tapi hari ni lain pulak. Sampai je rumah masuk bilik terus merangkak naik atas katil.

"Nanti kejut abang jam1.45 eh."

Eh? Tak makan ke laki aku ni? Bisik i dalam hati. Takkan nak makan kol 1.45 tu kot? Mana sempat nak lari masuk keje nanti.

"Abang tak makan dulu ke?"

Haa masa ni husband macam nak jawab ke tak ni eh. Kial-kial dia sambil sesengih dekat i.

Malas tunggu dia jawab. I teros tanya.

"Abang dah makan eh?"

Dengar je soalan i tu, lagilah dia nak menyengih. Ish laki aku niii.

"Dahhhh..." sambil tu dia tekap-tekap muka dekat bantal senyum-senyum.

"Ohh. Abang dah makannnnn. Makan apa?"

"Hee. Makanlahhhh." selamba dia jawab 2 patah tu je.

I paksa dia tanya makan apa. Lambat-lambat dia jawab, "drive thru."

Woah kauuuuu. Drive thruuuu. Tsskkk! Sampai hati tauuuu. Cakaplah dekat dia.

"Sampai hati abangggg."

"Haa tu lah abang takmo cakap. Alaa, nanti abang bawa kita makan situ ehhh."

Hahhaaa. I ni sensitip tau kalau dengar drive thru ni semua. Mementanglah dah gaji kannnn.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Noor Maizan
admin
January 21, 2017 at 12:28 AM ×

hehehe sabar je la kak :D

Congrats bro Noor Maizan you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar