Teman suami makan eratkan hubungan

Assalamualaikum.

Masa awal kahwin dulu, nenek belah husband selalu pesan. "Bila waktu makan, ko kena teman laki makan. Even ko tak makan sekali pun, ko duduklah belah laki ko tu. Kopekkan isi ikan ke, kaut kuah ke, buh nasi tambah ke. Ko duduk je situ. Tak elok bagi laki ko makan sensorang."


Tu pesan dia. Kalau uols tanya i apa sebabnya, siyes i tak dapat explain sebab masa tu i tak berani bukak mulut nak tanya kenapa. Yelah, ko taktau weh. Ada pesen orang tua yang bila dia dah kata macam tu, tapi ko still tanya KENAPA. Memang siaplah.

"E'eh budak ni. Banyak tanya pulak. Dah aku kata macam tu, ikut jelahhhh."

Dah sebiji.

I cuba fikir secara logik jelah k. Bagi i yang berjiwa lemah lembut ni, i memang kesian kalau biar husband makan sensorang. Macam lain je. Macam ish, bini apalah aku ni teman laki makan pun tak boleh. Lainlah kalau masa tu husband ada kawan makan selain i. Macam parents dia ke, adik dia ke. Bolehlah ngelat sekali sekala. Tapi kalau takde, i cuba sehabis baik untuk teman dia makan even i cuma ratah sayap ayam je.

Yelah kannn. Sekarang ni weols masih berdua so masa macam ni lah nak eratkan silaturrahim sesama laki bini. Nanti dah busy pok pok amai amai dengan anak, kejar anak lari keluar pagar, anak nak itu nak ini kan dah takde masa nak teman husband makan. Selagi mampu, selagi berdaya, temanlah laki tu makan. Tak dapat hadiah ponnn. Cuma nak menikmati masa makan bersama.

Actually i sendiri dah terbiasa dengan situasi macam tu sebab masa dekat rumah before i kahwin, macam tulah ibu treat ayah i. Masa makan, most of the time ibu mesti ada dekat meja makan walaupun tak selalulah sebab ada je pon anak-anak yang lain boleh teman ayah makan. Lagipun, ayah pesen jenis makan berteman dari dulu sampai sekarang. Tiap kali dah siap hidang, ayah mesti panggil semua makan sekali. Yelah, tak syok kan makan sensorang. Rasa macam forever alone weh.

Topik ni dah pernah dikupas dalam blog kereta mayat. Most of the point yang dia bagi, i setuju. Tapi i tak bash lah pulak isteri yang tak teman suami dia makan. Takde weh, takde. Terpulang pada diri sendiri macamana nak mengemudi bahtera rumahtangga memasing. Ini cuma pendapat peribadi i.

Setakat ni, dengan mengamalkan konsep teman laki while he is eating bagi i seronok sebab i suka tau tengok husband kunyah makanan. Rasa macam best. Kahhh. Lagipun, masa kita untuk berduaan laki bini ni terhad tau selain dalam bilik tidur. Tolak waktu kerja, tolak waktu tidur, tolak pok pok bagi tido anak, haa dah tinggal berapa detik je lagi untuk luangkan masa bersama.

Lagipun sweet apa makan sama-sama even tak suap menyuap. Hiksss :)

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »