Durian merah ke ni?


Durian Merah | Beberapa hari lepas ibu ada hantar gambar dekat whatsapp. Jiran jual durian merah. Ada yang panggil durian Lalit. Ada panggil Tempoyak Durian Merah. Eh tak kisahlah. Ibu tanya, nak tak. eh of course lah nak. Sejak dah pandai makan durian merah ni, ada je orang jual murah memang comfirm beli. Tapi durian ni jarang jumpa. Bila musim, jumpalah. Tu pun kadang masih mahal. Apalagi kalau bukan musim. Harga mesti mahal gila gila.


Ibu pun belilah beberapa biji mengenangkan anak pompuan dia sorang ni dah mula pandai makan. Sampai rumah, belah tengok isi eh kaler oren. Dia taklah oren sangat. Merah-merah oren lah camtu. Cuit sikit rasa boleh tahan sedap. Ada manis-manis sikit and rasa berlemak. Tapi isi tak tebal.

Durian ni, kitorang tak makan macam tu je. Tak sedap. Rasa dia tak macam durian biasa yang isi putih cream atau kuning tu. So, kitorang tumis jadi sambal. Nanti i share resepi eh. Bila dah tumis, sedap sangat kalau makan dengan nasi panas-panas. Boleh bertambah-tambah nasi.

Ohye. Durian ni ada bau juga. Tapi baunya taklah sekuat durian yang biasa kita makan. Saiz pun kecil. Sekecil tapak tangan kot. Comel. eh comel-comel pun, durinya tajam tau. Menyucuk-nyucuk kalau letak atas tapak tangan. So, kena hati-hati.

Dulu tak pandai makan durian merah ni. Belajar makan pun dari kawan masa dekat universiti dulu. Mula-mula makan memang tak boleh masuk. Rasa lain sangat. Tapi lepas dah merasa tu, tetiba macam nak lagi. Makan lagi, eh sedaplah durian ni. Tapi makan dengan nasilah. Buat lauk jadi sambal. pergggghhhh. Tak perasan dah menambah nasi sampai 3 kali. hihi..
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Sha Mohamed
admin
January 29, 2018 at 12:55 PM ×

Tak pernah jumapa secara real.. selalu tengok gambar je,..

Reply
avatar
Cik Nor
admin
January 29, 2018 at 4:47 PM ×

sdapnya durian tia..:)

Reply
avatar
Gja
admin
January 29, 2018 at 11:20 PM ×

Baru tahu ada durian merah ni.

Reply
avatar