Tak Ada Tajuk

Assalamualaikum.

Dah lama sangat blog ni dibiarkan tanpa sebarang update. Biasalah, fokus saya sekarang lebih kepada pelajaran. Tipulah kalau saya tak pernah fikir pasal blog. Selalu juga buka blog ni. Tapi, tiap kali buka tu lah otak ni tumpul semacam nak menjana idea buat entri baru. Padahal, dah macam-macam yang berlaku. Rasa hati macam nak coretkan dalam blog tapi tak kesampaian. Akhirnya blog ni terus menyepi.

Sekarang saya dekat rumah kawan. Alhamdulillah di sini ada wifi. Online lah sekejap update blog. Boleh 'sapu' habuk-habuk.

Final exam tak lama lagi. Saya ni macam ready tak ready aje. Terlalu bersuka-ria. Padahal exam dah dekat tu. Aish! Rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada. Ni bermalam dekat rumah kawan, harapnya adalah hasilnya nanti. Kononnya datang sini nak belajar.

Ohye! Ibu dan ayah saya makin comel sekarang. Tadi hantar mesej dekat ayah dengan ibu guna WeChat.

Dekat ibu : Sayang ibu <3 <3 <3

Dekat ayah : Sayang ayah <3 <3 <3

Tiba-tiba dapat reply dari ayah. "Oh, ingat ayah jelah..."

Ya Allah... Ibu yang reply. Macam ada nada jealous tau. Ehe! Ibu tak buka handphone tu rasanya.

Kawan kata romantiknya dengan ayah dan ibu.

Mestilah. Saya belum kahwin. Nak romantik dengan siapa kalau bukan dengan ibu dan ayah tercinta ^_^
Allah, rindu sangat dengan mereka.

Syukran Allah yang mendekatkan hati-hati kami :')

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
reenapple
admin
August 30, 2013 at 7:23 PM ×

Good luck. :D

Congrats bro reenapple you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar