Fikir Masa Depan

Assalamualaikum.

Aku dapat bersembang dengan ibu tengahmalam semalam. Bagi aku, tengahmalam adalah waktu paling sesuai untuk kami berbicara. Mungkin sebab err. Tak ada adik kecik nak mengacau kot. Kijam.

Bila buka semester baru ni, aku akan masuk semester 6. Yakni, last semester. Tak habis-habis dengan rasa teruja jadi pelajar tahun akhir. Huh!

Ayah dengan ibu nak aku sambung degree. Tapi, nak sambung tu kena ada MUET. Aku tak ambil lagi. Ingat nak ambil lepas diploma. Jadi, maksudnya. Lepas habis diploma ni, aku akan kerja dulu. Dan yang pasti. Aku kerja dekat Sandakan je jot. Nak ulang alik senang. Rumah dekat.

Sembang punya sembang, aku bagitau plan aku yang kencang dekat ibu. Konon lepas habis diploma ni, aku nak cari kerja. Simpan duit. Ambil lesen kereta. Beli kereta. Tolong ringankan beban ibu ayah sebab aku ada 5 orang lagi adik yang masih sekolah. Pot pet pot pettt.

Alih-alih mak aku gelak. Entahlah. Aku pun tak dapat nak tafsir makna yang terselindung di sebaliknya. Masa tu, fikiran aku dah jauh ke depan memikirkan masa depan.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
MizzTina
admin
November 5, 2014 at 11:44 AM ×

xpe dik, at least ada perancangan..dh cukup teratur dh tu..

Reply
avatar
Diana Rashid
admin
November 5, 2014 at 10:49 PM ×

Tia anak sulung ke??besar tanggungjawab tu..nak buat apa2 kena buat betul2.dah nekad nak buat,terus buat.jangan buat separuh jalan..dah la,,membebal pulak akak..hehehe

Reply
avatar