Tahniah Anda Berdua!

Buka facebook. Scroll ke bawah. Stop!

"Ehhh?"

Buka gambar. Zoom.

"Hulamakkkk. Dah kahwin. Tahniah kawan."

***

Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kawan aku dah selamat melangsungkan pernikahan beliau dengan pasangan pada 18 Februari 2015 yang lalu. Agak menyedihkan juga sebab tak ada rezeki nak menghadirkan diri. Mak pengantin siap call tanya aku bila nak balik. Sedih jugalah. Kawan baik kahwin tapi tak dapat datang. Uwaaaa. Sorry kawan.

Bukan kawan aku je. Buka facebook, wechat, mana-mana ada cerita pasal kahwin. Bulan kahwin eh sekarang? Hewhew. Apapun, tahniah. Jodoh aku lambat sikit kutt. Takpe ah kan. Kut Allah simpankan seseorang yang istimewa untuk aku. So, aku decide untuk bersabar dan terus menunggu.

Minggu ni aku memang sibuk sangat. Biasalah. Last semester ni, banyak sangat projek yang nak di-settle-kan. Projek itu, projek ini. Ni pun aku sempat menulis sebab aku rindu gegile nak menaip dekat blog.

By the way, aku nak ucap congrats ah dekat sesapa yang dah melangsungkan perkahwinan hari ni ke, kelmarin ke, kelmarin dulu-dulu ke. Tahniah k. Tahniahhhh. Pesan dari orang bujang macam aku ni, selamat menempuhi alam baru, fasa baru dalam kehidupan kau orang.

Paling penting, doakan aku juga untuk ikut jejak kau orang yang dah kahwin tu. Kehkehhh.

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
ewanthology
admin
February 22, 2015 at 12:13 AM ×

setiap manusia dilahirkan berpasangan..jgn risau, antara cepat atau lambat je ... dan semuanya sudah diaturkan demi kebaikan diri kita oleh Allah :-)

Congrats bro ewanthology you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar