Pakej Percutian Ke Sabah (Kundasang)

Assalamualaikum.


Pernah dengar Sinurambi Homestay? Tak pernah? Okey, aku nak iklankan sekejap homestay kawan sekelas aku ni. Sinurambi Homestay yang terletak di Kundasang Sabah. Kalau ada yang dari Semenanjung nak datang bercuti atau berjalan-jalan dekat Sabah ni, boleh je. Terutamanya pada orang Sabah tu sendiri yang nak jalan-jalan dekat Kundasang tu kan.

Dan kalau survey dekat Google pun, aku gerenti mesti bermacam-macam pakej yang akan ditawarkan. Yang lain tu, aku tak berapa sure sebab aku sendiri tak pernah cuba. Yelah, aku kan orang Sabah. Anytime boleh jalan-jalan dekat sini. Nak bawa asben masa honeymoon pun boleh. Amboi kemain betul aku ni honeymoon bagai kan padahal calon pun takde lagi. Okey merepek.

Back to business.

Apa yang aku nak iklankan ni bukan pakej mendaki gunung Kinabalu ke apa ye. Tapi penginapan untuk bermalam sepanjang berada di Kundasang nanti. Sebenarnya, dekat Sabah ni banyak je tempat boleh jalan-jalan. Tapi selalunya orang akan cadangkan pergi Kundasang. Dan kalau betul ada dalam perancangan nak pergi Kundasang ni, aku alu-alukan sangat untuk menempah tempat penginapan di Sinurambi Homestay.

Sinurambi Homestay ni dikendalikan sepenuhnya oleh keluarga kawan aku. Kira business keluarga lah kan. Kadang masa cuti, kawan aku tu sendiri yang jaga homestay tu dengan mak dan adik-beradik dia. Kan dah nama business keluarga kan. Homestay dorang ni baru buka. Tapi tak sangka dah ramai pengunjung yang datang.


Antara pengunjung yang tak dijangka, kumpulan nasyid Hijjaz. Dorang pun dah datang bermalam dekat homestay ni. Yang di tengah tu, mak kawan aku. Pemilik Sinurambi Homestay tu. Mak kawan aku ni memang peramah. Dan jangan tak tau, mak dia pun cikgu tau. Jadi cikgu pun boleh lagi tu jaga homestay.

Tempat sangat best sebab fefeeling macam dekat luar negara. Sejukkkkkk. Hehee.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi aku pun macam dah tak larat nak download dan upload gambar-gambarnya. So, aku cadangkan untuk tengok sendiri gambar-gambar di sekeliling homestay tu dekat page facebook dorang k. Boleh klik sini Sinurambi Homestay.

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
Sheila Salim
admin
January 26, 2015 at 2:00 PM ×

Assalamualaikum tia, wahh bagus2. nanti sheila nak ke Sabah tahun ni. mana tahu boleh booking sini. hehehhe

Reply
avatar
November 7, 2015 at 11:09 AM ×

Assalamualaikum boleh kah bagi no.Phone Sinurambi Homestay ini....terimakasih

Reply
avatar
January 7, 2016 at 10:27 AM ×

tengah planning nak ke sabah. sebab tu terrrsinggah post ni :D

Reply
avatar