Jangan Judge Ikhlas Orang

morning people! okay, aku rasa aku nak story sumtin. ekceli, aku suka baca kisah orang yang ada masa silam. bagi aku, it doesnt matter walaupun masa silam dia buruk macamana sekali pun. sebab aku bukan typical yang suka jugde orang since aku pernah ada di level tu.

semua orang ada masa silam bila dia dah mula berubah. i mean, berubah jadi baik. okey, rasa macam berat cerita ni kan. boleh terus baca or you just skip this one.

ada sorang blogger yang share story dia how she can wear the tudung walaupun sebenarnya beliau jenis yang on off punya. i mean kejap pakai tudung, kejap tidak. aku ringkaskan cerita beliau since aku dah hadam apa mesej yang cuba disampaikan.

this one girl sebenarnya jenis yang on off wear tudung. eh, aku dah bagitau kan? T_T
okay, one day ada satu kem yang dia follow which is need for her to wear the tudung. kem yang genre keagamaan sikit. for sure lah kena pakai tudung kan. masa awal sebelum kem bermula, dia ada terjumpa sorang lelaki ni. and actually, dia tak suka dengan lelaki. dia sendiri taktau why at that time dia rasa annoying dengan lelaki lelebih lagi kalau lelaki tu ada perangai macam bajet cool. hahaa. you know what i mean.

but then, Allah yang pegang hati manusia. dari rasa annoying, boleh pula tetiba jadi suka dengan lelaki tu sampai jadi crush. for the first day tu, kerja dia just tengok lelaki tu je dari jauh. jeling-jeling. sampai satu masa, sibuk menjeling tetiba lelaki tu terpandang dia. fine. muka rasa panas sebab hampir terbongkar this girl tengah usha lelaki tu. hahaa.

masuk hari kedua, dorang cam kena berkenalan lah antara satu sama lain. i guess cara dorang berkenalan ni macam kau pergi dekat orang tu and make sure kau ada pen dan kertas and then ambil details pasal orang tu such as name, asal mana, no.hp, and apa-apa jelah as long as bertanya. that girl tengok lelaki tu. dia tengah mundar-mandir macam tak tau nak tanya siapa. and of course lah this girl berharap lelaki tu akan datang dekat dia and dorang akan berkenalan. but no! kawan dia pula yang datang minta details about this girl. lain diminta, lain yang datang.

dah masuk hari ketiga and the girl still tak tau nama lelaki tu. okey dekat kem, peserta semua lepas makan mesti basuh pinggan sendiri. siap dengan pakej lap sampai kering lagi. at the time lelaki tu nak lap pinggan and cawan dia, that girl laju-laju basuh pinggan and pergi cepat-cepat dekat bahagian lap tu semata nak tengok lelaki tu je. sempat juga dia jeling tag nama lelaki tu. and tertulis dekat situ ZUL. ohooo. this girl dah start senyum sendiri. dah macam syok sendiri.

dan part aku takleh blah sampai this girl ikut-ikut cara lelaki tu lipat hujung kaki seluar dia. yelah, dah selalu sangat skodeng orang sampai dah tau habit dia. memang sah lah her crush kan? first crush ever.

sampailah closing ceremony. this girl harap yang lelaki tu akan dekat dengan dia and say hi minta nombor handphone ke apa. but then no. masing-masing balik tanpa berkenalan antara satu sama lain. this girl berdoa sound like this.

"Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan dia. Aku akan pakai tudung tapi berharap ganjarannya Kau temukanlah kami."

sungguh-sungguh dia doa.

semenjak tu, this girl mula pakai tudung. and she seriosly waited. and alhamdulillah. sekarang beliau dah betul-betul tutup aurat dia not just covered her hair ke apa. tapi memang dah jaga aurat betul-betul. 8 tahun berlalu. dan dia sendiri tak ingat bila dia dah move on. but now, she totally changed and the good news is dia tak berubah sebab lelaki tu lagi.

one day, dia dengar perbualan orang sound like this.

"eh kau tau, dia tu bertudung sebab pakwe yang suruh. eh hello, bertudung sebab lelaki?? memang taklah kot. berubahlah sebab ikhlas. bukan sebab pakwe suruh."

oh ye kee?

"...andailah mereka tahu ikhlas tu datang dari pelbagai cara jika Allah izinkan. kita hanya perlu bergerak." aku petik ayat dia.

trueeee. tak payah nak tunggu ikhlas baru nak bertudung. tak payah nak tunggu ikhlas baru nak berubah. and we people tak sepatutnya judge orang. tak payah sibuk-sibuk

"dia bertudung bukan sebab Allah pun. sebab boyfriend yang suruh. euw! tak ikhlas."

another dialog.

"dia tu bertudung sebab terpaksa. kalau tak, nanti kena marah dengan ustazah. tak ikhlas betul."

inilah yang orang tak tau. manusia boleh berubah dengan pelbagai cara. kalau sekarang dia berubah sebab orang, satu hari nanti niat dia boleh je berubah totally kerana Allah s.w.t.. bukan lagi manusia. and at that time, you can see dorang boleh jadi lebih baik dari kita. remember that. apa yang penting, mereka berusaha. tak duduk diam dan tunggu ikhlas datang bergolek baru nak gerak.

may you people yang nak berubah, stay strong! memang macam tu. bila nak jadi baik, Allah akan uji kita dengan pelbagai ujian. insyaAllah, stay with Him. He will show you the way. and dont worry, kau tak berseorangan. Allah with you, with me, with us.

love you Lillahi Taala

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »