My First Step Business

Assalamualaikum.

Baca tajuk pun dah terang lagi bersuluh. Lepas fikir berkali-kali, akhirnya aku nekad nak jual tudung and shawl aku secara offline. Sebab sebenarnya sebelum ni aku cuma agen dropship je. Tapi bila dah makin lama duduk dalam bidang agen dropship ni, terdetik pula dalam hati nak pegang stok sendiri.

Mula-mula tu, banyak kali fikir juga. Nak simpan stok sendiri? Biar betul? Haa, macam-macam dah mula main dekat kepala. Dan semuanya aku sedar negatif belaka. Kalau tak laku macamana? Untung banyak ke? Ada orang nak beli? And so on. See, nampak tak betapa negatifnya fikiran aku.

Dan aku sedar rupanya diri aku ni takut nak ambil risiko. Heh? Padahal semua benda pun ada risiko. Aku cuma kena pandai susun strategi aje. Lepas dah berhari-hari, berbulan-bulan aku dok pikiaq, akhirnya aku nekad beli tudung and shawl secara borong untuk dijual dekat kawan-kawan.

And alhamdulillah. Baru kelmarin stok sampai, hari ni dah tinggal 7 helai. Syukur ya Allah. Lagipun, shawl yang aku jual ni kain dia memang sangat best. Lembut dan sejuk.

InsyaAllah, hari ni next shawl akan sampai. Tapi lain jenislah. Kali ni yang instant punya. Ramai juga yang menunggu shawl tu. Sabar yeeee.

Yang penting, muhasabah diri balik. Kenapa nak mula buka perniagaan? Untuk jadi kaya? Lepas tu boleh foya-foya dengan duit? Hehehh. Tanya hati, tanya iman.

Kalau ada yang teringin nak mula buka bisnes. Sebenarnya tak salah kalau mula dari kecil-kecil dulu. Mula dari kecil-kecil ni macam kita baru nak memperkenalkanlah perniagaan kita dekat orang lain. Dan alhamdulillah. Kawan-kawan dah mula tau aku meniaga shawl. Dorang siap doakan aku buka butik lagi. Semoga Allah perkenankan doa-doa mereka. Heheee.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
awEEN
admin
January 20, 2015 at 11:34 AM ×

as salam..sy pon baru start belajar nak berbisnes..bermule dgn jual kuih yang kakak ipo buat.. takut jugak dgn risiko untuk berbisnes ni tapi selalu doa mintak kuat semnagt untuk teruskan cita-cita nan 1 ni =).. gudluck ye..

Reply
avatar
MizzTina
admin
January 20, 2015 at 3:59 PM ×

sy pun bru start, jd agen dropship.. xpe, pelan² kayuh kan

Reply
avatar