Biskut Pelangi Sumpah Sedap



Tajuk entri bukan main lagi. Siap sumpah bagai. Tapi serius. Biskut pelangi aka lidah kucing ni, memang sedap. Kalau yang tukang buat tu pandai buatlah kan. Kalau comel sebab warna-warni je tapi rasa sedap ke laut. Tak jadi juga.

Aku suka biskut ni sebab rasa dia tak manis sangat. Bila kunyah macam ringan je dalam mulut. Sumpah sedap! Hahaa. Aku ni payah sangat nak memuji. Tapi kalau memang kena dengan hati, aku puji lah kannnn.

Biskut tu puan ibu bawa dari tempat belajar masak. Makciks dekat sana buat reramai. Dah siap masak, memasing bawa sikit balik rumah. Kengkonon nak bagi merasa. Aku ni yang dah merasa sikit terus jatuh cinta. Hewhew.

Boleh pula keluar idea nak ambil order orang. Yelah, nak raya kan. Boleh buat bisnes ni. Hahaaa. Otak bisnes punya pasal. Tapi nantilah. Ibu kata tunggu beli dulang dulu lepas tu baru buat. Kalau rasa dia sesedap yang aku makan pestaim ni. Aku buka bisnes. Kalau rasa ala-ala macam nak melempang. Aku tak bukalah. Kang aku yang kena lempang. Jual kuih minta kaki. Hahaaa.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Mar Mansor
admin
May 13, 2015 at 11:00 AM ×

warna memang menarik..pada saya rasanya biasa-biasa je..macam biskut lain juga

Reply
avatar
Gee Lion
admin
May 15, 2015 at 1:07 AM ×

kalau buat kuih raya ni.. berwarna-warni balang kat rumah kita.. hihi
p/s : As salam cik Tia, lama tak nampak?

Reply
avatar