Thursday, June 16, 2016

Kuota internet 20GB tak cukup

Gile ahhh. Tengah syok surf internet, tetiba dapat mesej mengatakan bahawasanya aku dah guna 20GB kuota internet. Perghhh! Sangatlah first time. Selalu 20GB tu mesti ada baki sebelum hujung bulan. Then burn macam tu jelah.

Kali ni, habis 20GB tu aku telan. Nak renew, kena tunggu 5 hari lagi. Lama tu woiii.

Actually, aku pun tak tahu kuota aku habis ke mana. Tapi tu lah. Memang banyak apps juga aku habis round. Youtube, instagram, twitter, blog, chrome, download tu, download ni. Tak sedar, kuota dah habis. Meraung juga aku. Hahaaaa.

Haa sekarang reti pula nak mencari wifi rumah. Syukur masih boleh pakai. Siapa sangka 20GB aku tu mengalir macam air je kan. Tsssk!


Monday, June 13, 2016

Aku dan Mekap

Actually, aku bukan kaki mekap sangat. Tapi since muka aku macam wanita beranak lima bila muka naked sangat, so aku tacap sikit. Aku pakai foundation jenis liquid, loose powder, eyeliner, eyebrow, blusher and lastly some lipstick.

Barang-barang mekap aku takdelah mahal sangat. Standard punya price. Mampu milik gitewww. So far, aku suka barang-barang mekap aku tu sebab mudah dibersihkan.

Kalau yang hat waterproof tu, aku payah sangat. Bila nak bersihkan muka je, rasa macam susah. Especially nak menonyoh tang mata. Sakit woo! Yelah, aku takde make up remover. Tu yang payah. Heheh.
Eh, eh. Tetiba update pasal mekap.

Perlaking. Pernah dengar?

Perlaking

Pernah dengar Perlaking? Ianya salah satu supplement kecantikkan yang boleh dikatakan sedang hangat sekarang di pasaran. Mula-mula, aku tak sibuk sangat pasal Perlaking ni. Sampailah aku jumpa kisah tentang Safiey Ilias. Disebabkan kisah dialah yang bawa aku ke produk Perlaking ni. Aku tak nak ceritalah pasal kisah tu k. Korang boleh cari sendiri kalau berminat nak tau.

Produk Perlaking ni ada dalam butik tempat aku kerja. Bila dok hari-hari peratikan Perlaking tu, hati aku macam melonjak nak cuba. So, as usual. Sebelum aku nak consume produk terlajak laris ni. Aku akan cari maklumat, testimoni, review dari pengguna Perlaking sendiri. Setakat ni, semua bagi feedback yang baik.

Especially bila aku jumpa sendiri pengguna Perlaking ni depan mata. Dorang ada singgah butik tempat aku kerja tu. Mungkin nampak supplement tu duduk elok dalam box. Aku curi-curi dengarlah perbualan dorang. Pengguna Perlaking rupanya. Lepas tu, aku scan kejap kulit muka depa. Sumpah aku kata. Putih and flawless gitew. Patutlah kannn.

Sejak dari tu, aku dah pasang azam nak pakai Perlaking ni. Murah pun murah since aku pun dah mula kerja dan ad7a duit sendiri. Kalau sesuai, macam aku consume produk Ephyra dulu. InsyaAllah. Akan stick dengan Perlaking ni.

Ohye, antara sebab kenapa aku nak cuba Perlaking ialah kalau ibu mengandung atau ibu yang tengah menyusu pun sesuai tau nak ambil. Takde masalah. Lagi pula, tak ada pantang termasuk kafein. Aku ulang k, kafein. Yang penting, macam biasalah. Kena minum air putih banyak-banyak. Cara nak makan pun senang. Koyak sachet dan terus tuang dalam mulut. Tak payah nak bancuh-bancuh, shake-shake. Terus je telan. Best kan?

FUNGSI HEBAT PERLA KING SERBUK MUTIARA ASLI

+ Pencerahan kulit secara semulajadi

+ Melindungi dari matahari (sunburn)

+ Merangsang pertumbuhan sel kulit baru

+ Menguatkan folikel rambut

+ Menambahkan daya ingatan

+ Menguatkan antibody & daya tahan

+ Mempercepatkan metabolisma badan

+ Melancarkan pengaliran darah

+ Mengurangkan kadar kolesterol

+ Menguatkan & meningkatkan kepadatan tulang

+ Melambatkan penuaan, menghalang kanser & kesan2 bahaya sinaran UV

+ Memulihkan keadaan kulit seperti kulit blotches merah, zits, jerawat, rosacea, tompok kering, garis2 halus dan kedutan

+ Menghapuskan parut dlm masa seminggu @ kurang

So, if ada antara korang yang memang pengguna tegar Perlaking ni. Stok rasa-rasa dah makin susut, bolehlah order. Yang nak mencuba pula, pun boleh order juga. Dengar-dengar sekarang ada promosi. Haaa, cepat-cepatlah order. Kalau berminat, boleh direct whatsapp atau hantar mesej ke 013-8521382. Jangan call k.


Sunday, June 5, 2016

Suami demam boleh jadi petanda isteri mengandung

Hi.



Semalam suami mengadu sakit kepala. Tanya kenapa, mungkin tak cukup tidur katanya. Dah masuk bilik, masih mengadu sakit kepala. Tengahmalam macam tu aku terjaga, tersentuh suami. Badan dia dah suam-suam. Tak adalah aku kacau dia tidur.

Pagi tadi masa breakfast, aku tanyalah. Demam ke? Dia cakap semalam rasa macam nak demam. Tapi pagi ni dah okey. Since dia macam dah sihatkan. Aku pun mengusiklah.

"Ai pregnant kot."

"Eh ape kena mengena dengan ai?"

"Kadang-kadang, wife pregnant. Husband yang dapat isyarat dulu."

Suami macam kurang percaya sikit. Jenuh juga aku nak buat dia percaya. Mungkin sebab tak rasa lagi kot. Hahaa. Actually, aku usik je suami aku tu. Takde pun aku mengandung. Belum ada rezeki. Tapi doa-doakanlah aku dengan suami.

Ada juga aku acah-acah tanya suami. Kalau betul ada baby nanti, sanggup ke bangun tengah-tengah malam bila baby nangis? Bersungguh kata sanggup. Takpe. Tunggu kalau dah betul-betul ada rezeki nanti ye.

Berbalik pada tajuk entri. Hmm. Actually bukan demam je. Kadang, suami yang over kena macam mual, muntah-muntah, mengidam, selera makan macam tak hengat dunia. Tapi isteri, ilek je. Morning sickness tak ada, selera makan macam biasa.

Okeylah tu kan. Sama-sama merasa suka dan duka nak ada anak. 😂

posted from Bloggeroid

Friday, June 3, 2016

Berniaga tetap berniaga

Adik ipar aku ada buat bisnes minuman. Alaaaa. Minuman yang macam green tea, red tea, mocha, cappucino, frappucino, hazelnut, chocolate. Ambuih. Macam nak bagi menu.

Tipulah kalau tak ada perasaan nak merasa semua flavor tu khennnnnnnn. Tapi, tapi, tapi. Haa ada tapi. Nak minta free, malu lah. Nak beli, kopak duit ahkak. Satu RM5. Agak-agak, kalau beli semua flavor dah berapa? Huuu. Nangissss.

"Kan keluargaaaaaaaa,"

Habis tu kalau keluarga kenapa?

"Takkan nak berkira juga kot,"

Bukan masalah berkira. Bisnes is bisnes. Family is family. Modal nak beli semua flavor tu bukan pakai air liur ataupun bulu misai. Pakai duit. Dan duit bukan bergolek depan mata. Kalau asyik nak free dengan alasan "kan keluargaaaaaaa". Elok tak payah bisnes. Beli, kasi kau je.

Aku memang macam tu. Sebab aku tak anggap mereka keluarga bila ada urusan jual beli. Kalau sekali sekala nak bagi free, tak apalah. Aku pun tumpang gembira. Siapa tak gembira dapat barang free kan. Hahahaa. Tapi kalau selalu. Mahaplah. Penyegan aku ni masih ada lagi. Malu.

Kau bayangkan je kalau kau berniaga dan semua keluarga kau nak ambil free. Kan keluargaaaaaa. 😂


Ubat penahan sakit gigi (main titis)

Hi.

Tajuk entri takleh blah langsung. Ada pula dalam kurungan, main titis. Tssk!

Pernah sakit gigi? Atau tengah sakit gigi? Waktu untuk sakit gigi ni tak kira masa. Paling kejam kalau tengahmalam. Sakit dia boleh buat orang nangis woi. Lupa semua kisah putus cinta, cinta ditolak, dan sebagainya. Tu gara-gara sakit gigi je tau. Nak pergi klinik atau hospital macam tak kena waktu je kan. Nak tunggu pagi, rasa macam lambat sangat masa berlalu. So, patutlah simpan ubat penahan sakit gigi sementara nak menunggu pagi untuk pergi klinik atau hospital.

Sakit gigi ni mungkin sebab gigi dah rosak atau berlubang. Tak kisahlah lubang besar ke kecil ke. Ending dia tetap juga sakit kalau tak ada apa-apa tindakan diambil. Macam cabut ke if dah teruk sangat lubangnya. Tapi kalau masih boleh selamatkan, elok tampal je. Kalau sikit-sikit nak cabut, dah tinggal apa dalam mulut tu?

Jangan ingat budak-budak je yang boleh kena sakit gigi ni. Orang dewasa pun boleh kena tau. Tak kira umur, jantina, bangsa, agama, pangkat. Ambuih. Over.

Ubat penahan sakit gigi dapat bertahan untuk sementara waktu. Dia tak boleh nak sembuhkan gigi tu. Kena pergi klinik atau hospital juga rujuk doktor nak buat apa dengan gigi. Cabut ke tampal. Bergantung pada keadaan gigi juga. Kotlah waktu sakit gigi tu macam tak kena waktu dan tempat kan. Bolehlah guna ubat penahan sakit gigi tu.

Mengikut pengalaman aku. Ada dua jenis ubat penahan gigi yang aku pernah jumpa setakat ni. Yang main telan dan yang main titis. Dua-dua okey. Harga pun boleh tahan. Hahaaa. Bergantung pada kedai atau farmasi juga. Tapi tempat aku ni memang agak mahal juga. Sunlight Pharmacy dekat 1Borneo. Tu pun syukur alhamdulillah sebab aku jadi member dengan farmasi ni. So, tiap kali shopping ada potonganlah. Shopping mende kau dalam farmasi? 😂

Kali ni aku share yang main titis dululah k.

Jenama Hurix's. Eh ekceli ada dua jenis yang main titis ni. Tapi yang satu tu macam aku tak berapa nak confident. Tengok botol je pun aku macam 'berkesan ke ni?' Aku ada tanya akak farmasi tu. Which one yang lagi okey. Sebab yang satu tu harga dia murah sikit. Around RM6 lebihlah berbanding Hurix's RM8.40. Belum tolak diskaun as member lagi. Aku suka akak farmasi tu. Dia kata bergantung pada keadaan gigi juga. Haa betullah kan. Yang mahal tak semestinya berkesan.

Tapi last-last aku rembat juga yang Hurix's tu. Sebab memang dah pernah pakai. Berkesan juga. Tak perlu nak pakai berkali-kali untuk tahan rasa sakit tu. Pakai sekali, tunggulah sakit tu reda.

Rasa ubat ni pedas-pedas sikit. Dan sangat tak sedap. Sila baca arahan sebelum nak guna ye. Untuk ubat penahan sakit gigi yang main telan punya, lain kali aku share.