Allah Tak Bagi Apa Kita Mahu, Tapi Dia Bagi Apa Kita Perlu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum..

Sebenarnya saya sendiri tak pasti kalau cerita ni saya dah coretkan dalam blog ni. Dah terlalu banyak cerita sampai saya dah tak ingat cerita mana yang saya dah pernah kongsikan dan yang mana belum. Tapi tak apalah. Kalau cerita ni boleh bagi sedikit manfaat dekat orang lain , apa salahnya kalau saya coretkan.


Dalam entri Kelebihan Pra Diploma UiTM , saya ada ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya yang pernah menjadi salah seorang pelajar Pra Diploma sebelum berjaya dengan izin Allah S.W.T ke peringkat Diploma.


Pernah dengar atau baca ayat ni tak?

"Allah tak bagi apa kita mahu , tapi Allah bagi apa yang kita perlu .."

Masa dekat Pra Diploma dulu , andai pelajar berjaya mendapat keputusan yang baik sehingga melayakkan dia naik ke peringkat Diploma. Mereka akan mendapat peluang untuk memilih kursus apa yang mereka nak. Macam-macam ada.


  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Perakaunan

Ada banyak lagi tapi tak dapat saya nyatakan di sini. Tapi , setiap kursus yang nak dipilih tu ada pointer yang pelajar kena capai sebelum mendapatkan kursus tersebut. Contoh , kalau nak pilih Diploma Pengurusan Perniagaan. Pelajar mesti dapat pointer 2.00 ke atas. Kalau kurang , tak dapat.


Masa nak pilih tu , saya mengaku saya kurang keyakinan untuk memilih kursus-kursus yang memerlukan pointer yang tinggi-tinggi. Jadi , saya pilihlah kursus yang memerlukan pointer rendah iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan.


Tapi , dengan izin Allah S.W.T .. Bila keluar keputusan peperiksaan , saya dapat pointer yang agak baik. 3.15 (kalau tak silap .. hehe).


Bila dah naik semester satu (1) , saya perasan ramai antara kawan-kawan saya yang memilih Diploma Pentadbiran Awam. Saya cemburu dan mula menyalahkan diri sendiri. Untuk dapat Diploma Pentadbiran Awam , pointer sebanyak 3.00 diperlukan.


Melihatkan pointer saya yang mencukupi , saya mula mempersoalkan diri sendiri. Kenapa tak ambil Diploma Pentadbiran Awam je dulu. Saya seolah-olah menyalahkan takdir.


Bila dah naik semester dua (2) , kawan-kawan sekeliling saya bising sebab ramai lagi kawan-kawan kami yang tak berjaya untuk naik semester dua. Ramai yang gagal. Kalau tak pun , kena mengulang. Baru saya sedar , kebanyakkan mereka adalah dari Diploma Pentadbiran Awam.


Beristighfar saya. Terkenang balik masa saya menyalahkan diri dulu. Ya Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedangkan saya tidak.


Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Bersangka baik dengan Allah sangatlah perlu sebab kita hidup kerana DIA. Apa yang saya cerita ni , bukanlah untuk menakutkan siapa-siapa. Saya mohon , janganlah ada yang mula berfikiran negatif dengan Diploma Pentadbiran Awam ni.


Kita kena faham , apapun yang ditentukan buat kita , baik atau buruk sebenarnya tersembunyi 1001 hikmah yang kita sendiri tak tahu. Jangan pernah berhenti berdoa. Hanya pada DIA lah kita boleh memohon segala kebaikan.


Previous
Next Post »

11 Comments

Click here for Comments
Raudhah
admin
December 27, 2012 at 3:44 PM ×

yakin dengan Allah, In Shaa Allah..semua sempurna :)

Reply
avatar
najihahfara
admin
December 27, 2012 at 3:44 PM ×

Allah Maha Mengetahui. x pe kalau x dpt ape yg kita mintak asalkan Allah bagi ape yg kita perlu :)

Reply
avatar
maszull
admin
December 27, 2012 at 4:04 PM ×

assalamualaikum tia...betul tu niat tu yg pentingnya...:)

Reply
avatar
Unknown
admin
December 27, 2012 at 5:02 PM ×

Niat kerana Allah pasti akan berjaya dik..salam perkenalan dari cheqkaq..mekasih sudi singgah ke blog ck yg x seberape tu..:)

Reply
avatar
Sya
admin
December 27, 2012 at 5:06 PM ×

Alhamdullilah ;) all the best untuk study. Gunbatte!

Reply
avatar
ieza ashaari
admin
December 27, 2012 at 5:50 PM ×

yakin dgn apa yg dah ditetapkan Allah akan buat kita rasa lebih selamat hidup kat muka bumi.. :)

Reply
avatar
ZWAN SABRI
admin
December 27, 2012 at 7:01 PM ×

setuju dengan Tia.. btw, zwan dulu Diploma Pentadbiran Awam.. hehe

Reply
avatar
December 27, 2012 at 7:11 PM ×

kena yakin dengan perancangan nya kan..

Reply
avatar
Hans Hanis
admin
December 27, 2012 at 10:11 PM ×

betul tu
bersyukur dengan apa yang Allah beri
nice entry :-)

Reply
avatar
Cikgu Ma
admin
December 27, 2012 at 10:39 PM ×

sedang mendidik jiwa utk jd hamba yg lebih bersyukur dan redha...

**lama tak singgah blog tia..dah berubah ^_^

Reply
avatar
Anonymous
admin
March 31, 2016 at 11:31 AM ×

Bila dngar kene ulng/ gagal dlm diploma pentadbiran awam, rasa takut pula... tapi dh ambik couse nie 😨

Reply
avatar