Ramadhan Terakhir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sekian lama tak menulis, tetiba rasa kekok nak mencari ayat pendahuluan.

Apa khabar anda yang sedang membaca? Puasa macamana? Baca al-Quran dah juzuk berapa? Wah kemain tanya soalan. Macam ustazah dekat sekolah pun ada :)

Tapi betul lah. Ada tak kita cuba bandingkan puasa kita tahun ni dengan puasa tahun lalu? Semakin baik atau sebaliknya?

Yelah, kalau tahun lalu aktiviti ibadahnya sikit, macamana pula dengan tahun ni? Makin bertambah atau sebaliknya? Atau juga, sama saja tak ada perubahan?

Allah... Marilah kita muhasabah diri balik.

Sedih rasanya bila bulan ramadhan ni belum lagi sampai pertengahan, tapi lagu raya dah galak dipasang dimerata tempat. Seolah-olah syawal lah bulan yang ditunggu-tunggu padahal ramadhan tak sampai pun lagi sebulan.

Sepatutnya, di bulan ramadhan ni lah kita sibuk nak perbaiki diri mensucikan hati yang selama ini penuh dengan dengki, sakit hati, iri hati. Kalau bulan sebelum-sebelum ni tak pernah lagi baca ayat al-Quran, bawa-bawalah buka balik.

Ramadhan ni takkan datang berkali-kali dalam setahun. Siapa tahu ini adalah ramadhan terakhir kita?
Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
aizamia3
admin
July 26, 2013 at 6:22 AM ×

moga Ramadhan kali ni lebih bererti buat kita semua.. ;)

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
July 26, 2013 at 11:23 AM ×

Assalamualaikum tia. Sihat ya? :)

haa..memang kat radio dah galak psg lagu raya,hehehe. Bila sesuatu dah jadi budaya, sukar nak kikiskannya.. :)

Alhamdulillah.. akk tak sure ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sblmnya.. cuma satu jelah, setakat ini, badan lebih sihat. Kalau mcm thun lepas, sampai demam2, hehehe.

Reply
avatar
Ujie Othman
admin
July 26, 2013 at 8:47 PM ×

Bila membayangkn ini yg terakhir...semangat solat sunat, ngaji.
Tapi bila terlupa...

Reply
avatar
ary_lee
admin
July 26, 2013 at 11:56 PM ×

Ramadhan kali ni macam cepat sangat berlalu.. Rasa macam nak ulang semula. Tapi, jika dibandingkan dengan ramadhan yang lalu, ini adalah ramadhan terbaik ary^^

Reply
avatar