Agak lewat untuk aku update blog. Asyik bertangguh saja. Ada banyak yang ingin aku ceritakan. Tapi biarlah satu persatu. Berikutan dari entri aku sebelum ini yang bertajuk 'Lewat 10 hari. Mengandungkah aku?'
Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan ini. Okey baiklah. Kalau ikutkan, termasuk hari ini. Usia kandunganku sudah hampir menjangkau 8 minggu yang bersamaan 2 bulan. Yaa. Alhamdulillah aku mengandung.
Ceritanya begini. Bila aku menyedari period sudah hampir lambat seminggu, aku pergi ke farmasi untuk membeli UPT (Urine Pregnancy Test). UPT ini selalunya dilakukan awal pagi dengan menggunakan urine (air kencing) yang pertama selepas bangun dari tidur. Aku agak berdebar. Selepas menunggu beberapa minit mengikut arahan yang diberi, hanya ada satu jalur sahaja yang kelihatan. Keputusannya NEGATIF! Aku sedikit kecewa.
Walaupun negatif, period masih belum juga datang. Bila sudah masuk hari ke-10, aku mulai risau. Jika aku tidak hamil, mengapa masih belum period? Aku memberitahu ibu tentang hal ini. Ibu syak aku mengandung. Pada waktu itu, aku tidak dapat mengiyakan mahupun menafikan. Nasihat ibu pada aku untuk terus berjaga-jaga. Tidak melakukan sebarang kerja berat. Bimbang sekiranya aku hamil. Aku akur.
Hari demi hari terus berlalu. Sehinggalah period lewat 2 minggu 4 hari. Lewat kali ini agak luar biasa. Aku masih tidak dapat meyakinkan diri aku sedang hamil kerana tiada tanda-tanda seperti orang mengandung yang aku dapat rasakan seperti mual, muntah. Kehidupan aku normal. Aku mengajak suami untuk ke klinik. Bimbang kalau-kalau ada penyakit lain.
Tapi pada malam itu, ketika period lewat 2 minggu 4 hari. Aku membawa suami ke farmasi untuk membeli supplement FOLIC ACID. Ini kerana, hasil google yang aku telah baca. Ramai mencadangkan untuk mengambil folic acid ini bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Alang-alang sudah sampai ke farmasi, terdetik dalam hati untuk membeli UPT.
Keesokkan paginya, ketika aku lewat period 2 minggu 5 hari. Suami mengejutkan aku kerana rancangan kami adalah untuk ke klinik hari itu. Aku memberitahu suami bahawa aku ingin cuba melakukan UPT sebelum ke klinik. Suami bersetuju. Ketika aku cuba mengeluarkan UPT dari kotak, sempat aku berbisik dalam hati,
"Kalau negatif lagi, tak apalah. Mungkin belum rezeki."
Dengan tenang, aku membaca arahan yang tertulis pada kotak UPT berkenaan. Satu persatu aku lakukan dengan begitu teliti. Tidak mahu tersilap. Ketika menunggu keputusan, hatiku berdebar. Tanpa aku sangka, ada garisan yang luarbiasa mulai kelihatan. Sehinggalah 2 garisan yang sangat jelas kelihatan depan mataku!
Seperti tidak percaya, aku melihat lagi bungkusan UPT untuk memastikan apa yang aku sedang lihat itu benar. Yaaa! 2 garisan bermakna POSITIF! Aku mengandung. Alhamdulillah. Dalam hati masih lagi tertanya, benarkah aku mengandung? Pada waktu ini, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan yang tiba-tiba datang. Ianya sesuatu yang di luar jangkaanku. Tangan aku juga masih menggeletar ketika memegang UPT itu.
Selepas keluar dari bilik air, aku terus masuk ke bilik. Rupanya suamiku ada di situ. Sangkaanku tadi dia sudah ke tempat kerja.
"Macamana?" soal suamiku.
"Ada," ringkas saja jawapanku.
"Betul?" suamiku menyoal lagi seolah tidak percaya juga dengan apa yang berlaku.
Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.
"Alhamdulillah," ucap suamiku gembira.
Rancangan untuk ke klinik pada sebelah petang ditukar ke pagi selepas bapa mertuaku juga tahu tentang khabar itu. Seronok benar dia. Mungkin inilah detik yang ditunggu.

2 Garisan yang jelas pada UPT |
Kami ke klinik swasta. Bila berjumpa doktor, soalannya seperti biasa,
"Sakit apa?"
"Pagi tadi saya ada buat UPT...,"
Belum sempat aku menghabiskan ayat, doktor sudah memotong.
"Positif?" soal doktor seolah-olah tahu apa yang aku cuba katakan.
"Yaa," balasku ringkas.
"Bila last period?"
Kelihatan doktor sudah memegang sesuatu yang ku agak kalendar.
"13/06/2016," aku menjawab tanpa teragak-agak.
"Kalau ikutkan, usia kandungan puan sudah masuk 6 minggu,"
Aku sekadar menjawab, "okey".
"Puan nak buat test sekali lagi? Ada rasa nak kencing tak?"
Hanya gelengan kepala yang dapat aku berikan.
"Kalau kita scan, mungkin boleh nampak dan mungkin juga tidak sebab masih awal lagi. Tapi, kita boleh cuba. Nak scan?"
Tanpa ragu-ragu, aku mengiyakan sahaja. Doktor meminta aku untuk masuk ke sebuah bilik. Aku diminta untuk berbaring dengan selesa. Tiba-tiba ada nurse masuk dan mengarahkan aku untuk mengangkat sedikit baju yang menutup perutku.
Sedikit cecair berupa gel disapukan pada perutku. Terasa sejuk. Entahlah sejuk takut, sejuk teruja, sejuk penghawa dingin, semuanya sudah bercampur aduk. Doktor mula meletakkan satu alat scan di atas perutku dan menggerak-gerakkannya. Satu tv kecil entah apa namanya, di tolak sedikit berdekatan aku.
"Itu baby puan. Nampak tak?"
Aku cuba melihat skrin tersebut.
"Tak jelas sangat. Saiz dia pun cuma 6.5mm saja. Kalau puan nak nampak lagi jelas, boleh datang semula ke sini lepas dua minggu,"
Usia kandungan 6 minggu :) |
Keluarga mencadangkan pada aku untuk ke klinik kerajaan untuk mula buat buku. Jika dulu, kandungan harus berusia 4 bulan dulu baru boleh ke klinik. Tapi sekarang, usia kandungan yang berusia sebulan pun sudah harus mula ke klinik. Biar mudah pengurusannya.
Pada 28/07/2016, aku dan suami ke klinik Menggatal Kota Kinabalu Sabah. Kami terus ke kaunter untuk bertanyakan prosesnya. Maklum saja. Anak pertama. Masing-masing kami suami isteri tiada pengalaman seperti ini.
Nurse bertanyakan sekiranya kami ada membawa gambar scan dari klinik. Tapi tiada. Aku terlupa membawanya. Kata nurse, jika kami ada membawa gambar scan berkenaan. Kami boleh terus masuk ke bilik. Malangnya tiada. Jadi, terpaksalah kami melakukan proses dari awal. Pengesahan bahawa aku mengandung.
Untuk mendapatkan pengesahan ini, ujian air kencing akan dilakukan sekali lagi untuk mengesahkan aku sedang hamil. Ketika ini, aku mulai berdebar semula. Aku pernah membaca pengalaman orang melalui google. Ketika di rumah, ujian UPT yang dilakukan positif. Tetapi bila ke klinik, keputusan UPT menjadi negatif. Aku mulai risau.
Selepas menghantar urine ke makmal, aku diminta untuk menunggu. Ketika menunggu, aku masih berdebar tapi aku cuba bertenang. Selepas beberapa minit, kedengaran namaku dipanggil. Sehelai kertas diberikan padaku.
Pengesahan mengandung! |
Alhamdulillah. Positif. Ada benih yang sedang membesar dalam perutku :') Dan akhirnya satu temujanji sudah diaturkan. Pada 09/08/2016 aku diminta untuk datang semula ke klinik. Bila aku kira-kira sehingga waktu temujanji, kandunganku pada waktu itu sudah berusia 2 bulan 2 hari.
Semoga Allah melindungi aku dan kandunganku.
6 Comments
Click here for CommentsAssalammualaikum Tia.
ReplyTahniah ya utk Tia dan pasangan..syukur Alhamdulillah.. :)
tahniah akak. :)
ReplyTAHNIAHHHH... alhamdulillah...
ReplyTahniah kak! Terharunya bacaaaa. Semoga kakak n baby sentiasa dilindungi.
ReplyTahniah.. ;)
ReplyLama rupanya tak singgah kat sini.
Congrats Tia!!!
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon