Bella Cerekarama TV3

Ada juga aku tengok iklan Bella di tv3 ni beberapa kali. Tapi tak juga terdetik nak tengok sangat. Cuma, bila semua dekat rumah ni tengok sangat Bella tu. Nak tak nak, kena jugalah aku ikut join sekaki.

Mula-mula tengok, okeylah sebab intro pun macam menarik. Dah lama macam tu, eh yelah. Memang best cerita ni. Maka, aku tengoklah sampai habis. Lagipun, hero kegemaran aku ada berlakon sekali.

Dah sampai ending, aku rasa macam nak tumbuk aje tv tu. Apesal penamat cerita tu macam aku tak faham ye? Kenapa aku rasa macam gantung? Grrr!

Paling aku tak faham yang part abang si Adam (Syafiq Kyle) tiba-tiba datang ke rumah Bella untuk menyerang wanita yang dikatakan akan berkahwin dengan Adam. Namun lain yang berlaku kerana abang Adam telah tersalah orang. Bella yang kebetulan baru balik melihat insiden itu, keluar semula dari rumah dan mengambil sebuah alat untuk menyelamatkan nyawa kakaknya. Bella sempat memukul kepala lelaki yang telah menikam pisau ke perut kakaknya.

Haaa, yang aku nampak lepas tu Bella tiba-tiba masuk penjara. Adam pula cakap nak tunggu Bella sampai bila-bila. Mak angkat Bella nangis-nangis atas sejadah minta ampun supaya hilangkan rasa benci dan marah pada arwah mak kandung Bella yang dah rampas suami dia.

Sumpah aku tak faham. Ke aku yang blur? -.-

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »