Perhatiannya kini dicuri. Hatinya masih berbelah bagi. Keiinginannya terlalu tinggi buat masa ini. Teringat pesan seseorang.
"Kerananya, musnah segala impian. Berhati-hati."
Tapi bagaimana harus dia lari. Seolah-olah bayangnya ada mengikuti.
"Ini tak boleh jadi!"
Seulas durian yang disimpan di dalam bekas tupperware kini sudah berada dalam mulutnya. Arghh! Tak cukup. Seulas lagi. Kali ini, hanya jari dijilat sebagai tanda dia benar-benar mahu berhenti.
Diusap perut.
"Maafkan mama sayang. Mama tak tahan bau durian. Wangi sangat."
Kini, dia hanya berdoa semoga Allah melindungi cinta hati yang sedang membesar di dalam perutnya.
Tak mampu aku menolak godaan durian.
2 Comments
Click here for Commentshai kak tia. nice writing :D
Replyfollow sini #1917 follow back and keep in touch ya :D
happy blogging!
hehe, durian rupernyer., ;p
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon