Aircond atau Air Cooler

Sekarang, aku dah pandai terjaga waktu malam. Kalau tak terjaga, tak dapat tidur. Panas gila kot. Kipas dah pasang sampai nombor 4. Tak mampan lagi tu. Ni, tak boleh tidur ni. Beranganlah kejap kalau ada aircond. Mesti tidur pun sedap. Tapi serius. Kadang memang tak menahan panasnya.

Kalau dapat aircond, nak yang portable punya. Boleh bawa pergi mana-mana. Tak adalah menempek dekat dinding aje kan. Tadi saja-saja survey harga. Hmm. Boleh tahan mahal juga. Dalam RM700 lebih. Tu pun yang second hand punya. Hat yang baru, tak payah ceritalah. Ber-K-K aku agak.

Tapi, kalau tak dapat aircond. Air cooler pun jadilah. Cumanya air cooler tak sesejuk aircond. Harga lebih murah dari aircond lah. Perlu diingatkan ye. Air cooler dan aircond adalah dua benda berbeza. Aku tau pun selepas jumpa maklumat masa google.

Aku nak sangat pakai aircond ni sebab bilik tidur dekat rumah baru yang mungkin kami bakal duduki selepas pak mertua aku pencen tu tak ada tingkap. Sumpah tak merasa angin segar sebab rumah tu pesen lekat dengan rumah sebelah. Jadinya, tingkap tak dapat buat melainkan renovate balik ubah kedudukan bilik tidur tu supaya dapat angin.

Nak mengharapkan kipas semata, tak boleh juga. Nanti kalau baby dah ada, takkan baby nak ikut berpeluh juga. Sure baby kena ada pengudaraan yang baik. Ni kena fikir balik ni. Ada juga yang kata, "nanti pakai aircond anak tu terbiasa pakai aircond payah pula nak pergi mana-mana". Ini pun ada betulnya.

Tunggulah. Kalau ada rezeki anak, merasalah pakai aircond. Tapi kena fikirkan air cooler juga. Nak buat kajian dengan penuh teliti ni.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »