Resepi Tepung Pelita Moden Tanpa Kukus


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA MODEN TANPA KUKUS | Kuih tepung pelita ni, salah satu kuih fevret tau. Dulu ibu jual kuih, kuih ni lah yang cepat habis. Sedap tu sedap tapi banyak renyah. Cara tradisional kan. Nak buat bekas dia lagi, nak kukus lagi. Amboi sangat ni. Nak makan, tapi malas. Sila mereput kebulur kalau malas. huhu

Memandangkan dah nak dekat puasa ni, eloklah kalau simpan resepi-resepi kuih muih yang senang untuk di masak masa bulan Ramadhan nanti. Takyah beli. Mahei. Buat sendiri, makan puas hati lagi. Nak bagi jiran sebelah pun boleh. Beramal jariah di bulan posa kan.

Resepi kuih tepung pelita kali ni tak payah nak kukus. Masak atas api lepas tu tuang je dalam kelongsong (bekas tepung pelita).


Tapi kalau rasa nak buat kelongsong tu macam susah dan payah. Boleh je guna bekas letak dadih tu. Jangan buh dalam loyang sudah sebab tepung pelita ni tak keras ye. Tapi taklah mencair tu. Dia just lembik. So, kalau nak makan sila guna sudu. Yang nak kekoh dari bekas kelongsong tu pun boleh. Hati-hati jelah kalau makan macam tu. Kang comot segala tudung dan baju.

Sebenarnya, resepi ni jumpa dekat facebook. Sajalah tulis balik dalam blog supaya senang nak cari balik nanti. Dan jangan risau, penulis dah halalkan resepi tu. Ohye, penulis kata resepi tu mak dia guna untuk berjual dekat bazar tiap tahun. Laris betul tau. Haa, kalau dah laris comfirm sedap kan.

Cuma tahun ni mak penulis tak berjual sebab penulis ada anak kecik. Tapi alhamdulillah. Mak penulis dapat tempahan dari masjid hari-hari. Semoga penulis dan mak penulis sendiri dimurahkan rezeki selalu.

Jom kita tengok resepi Kuih Tepung Pelita tanpa kukus ni.

Kalau guna resepi ni, boleh dapat 50-60 biji mengikut saiz acuan. Kalau kecik, boleh dapat banyak lagi. Kalau besar, kuranglah dari anggaran ni.

BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH :
• Tepung beras 1 cawan
• Gula 1 cawan
• Air pandan setengah cawan
• Air putih 5 cawan
• Pewarna hijau

CARA-CARANYA :
Satukan semua bahan di atas dan kacau sebati. Lepas tu letak atas dapur dan masak atas api. Kacau tanpa henti ye lebih kurang 15 minit. Bila adunan dah mula pekat, kecilkan api tapi teruskan kacau sampai jadi pekat berkilat dan meletup letup. Dah siap, terus tuang dalam acuan masa masih panas-panas.

BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS :
• 1 cawan tepung beras
• 3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
• 3 cawan air
• 1 sudu gula
• Seikat daun pandan
• Secubit garam

CARA-CARANYA :
Caranya sama macam nak buat lapisan bawah. Campur semua bahan, masakkan atas api.

Sejukkan je. Nak lagi sedap sehingga lupa orang lalu kiri kanan, masuk dalam peti sejuk. Fuhh memang mabeles. So jangan lupa cuba resepi ni. Kalau menjadi, jangan lupa tinggal komen ye. Kalau tak jadi, buat sampai jadi.

Petik resepi dari Facebook Murni Rahmat
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Cik Nor
admin
March 6, 2018 at 5:06 PM ×

tia..cik nor rasa tu bkn tepung plita..tu kuih tako..makanan org johor. tepung plita ada air gula kat bawah..:)

Congrats bro Cik Nor you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar