Pengalaman jadi vendor

Pengalaman Jadi Vendor | Sekarang ni dah banyak kedai and butik yang buat konsep vendor. Dia senang je. Owner kedai buka slot atau box untuk peniaga kecil-kecilan letak barang dorang dekat kedai tu. And then peniaga kecil-kecilan tadi cuma perlu ikut terma dan syarat je.

Terma dan syarat tu bergantung pada owner kedai tu sendiri. Tapi selalunya owner cuma minta bayar sewa je. Selalunya lah. Syarat lain tak sure pulak.

Sebelum ni aku memang pernah kerja dekat butik yang berkonsepkan vendor ni. So sedikit sebanyak boleh nampaklah macamana prosesnya vendor ni berlaku.

Aku malas nak cerita yang buruk pasal vendor ni. Kang gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi bila pikir balik. Oh its okay sebenarnya. Yang tak baik tu boleh jadikan pengajaran. Takdelah isu pisang fruit two times ye. So next time nak jadi vendor tempat lain, dah tau dah caranya. Belajar dari kesilapan lalu.

Memandangkan aku dah takde masa nak buat COD sebab husband dah sambung belajar, so aku kena cari alternatif lain untuk teruskan berniaga online ni. Please jangan suruh aku stop sebab aku memang tak boleh. Ketagih maybe?


Nak kirim by pos tu memang ada tapi ko tau jelah kadang ada orang tak suka menunggu lama barang yang dia beli. Kalau boleh masa tu dia beli, masa tu juga dia nak pakai. Macam aku jugalah lettew.

Bila dah bincang helok-helok dengan husband, dia pun kata okey kita cuba jadi vendor. Sewa box, letak barang dekat situ.

Pencarian pun bermula.

Satu hari, aku terbaca iklan #VendorWanted dekat fesbuk. Aku apalagi, lajulah stalk page tu. Boleh tahan ramai juga yang like page dia. 2k. Scroll scroll post lama dia, nampak bersemangat jitu. Hmm boleh test ni.

Aku pun contact lah dia. Tanya sewa, murah. Bawah RM50. Kena target aku. So aku pun fikir okey lah kot. Nak cuba-cuba dulu kan.

Sampai harinya, aku pergi kedai tu and owner dia memang ada sekali. Dapatlah bincang-bincang sikit. One of the reason kenapa aku beriya nak jadi vendor dekat kedai ni ialah, takde deposit, takde kontrak. Cuma perlu letak je barang jualan ko dekat box dia, promosi dekat socme and bayar sewa, thats it. Easy pezzy.

Bunyi macam senang je kan. Sambung baca.

Masa first time aku masuk kedai tu, aku memang dah siap-siap bawa barang jualan sekali duit sewa. Hari pertama tu juga aku terus bayar sewa okay. Part ni yang aku terkilan sikit.

Guys. Apa-apa payment yang korang dah buat, dah bayar sewa ke, apa ke, mintalah resit atau apa-apa bukti pembayaran untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini dibelakang hari. So, please remember. AMBIL BUKTI PEMBAYARAN.

Silap aku. Masa bayar duit sewa tu, aku tak minta resit. Lepas bayar duit sewa, letak barang jualan, terus blah. Tapi masa tu husband aku ada sekali. Kononnya dia lah jadi saksi. Dia nampak aku hulur duit sewa tu. Tapi kalau ikutkan, husband aku tak layak kot jadi saksi kejadian.

Bulan pertama, okey. Smooth and flawless je. Nak dekat hujung bulan, aku macam excited nak tau sales aku berapa. Tapi tak nak tunjuk sangat, aku tanya dia bila boleh dapat report sales? Katanya awal bulan. 1-4hb. Aku pun oh okeylah. Walaupun rasa macam lama juga. Tapi tapi takpe. Bagi dia masa. Lagipun, tak lama lagi ni dah dekat end of month pun. Rilek lah dulu.

Sampai 1hb, dia senyap. Aku pun bagi masa lagi. 2hb senyap lagi. Busy kot aku kata. Sampailah 4hb takde khabar berita. Tak menahan punya pasal, aku whatsapp dia tanya pasal sales report aku. Dan cara dia bagi aku punya sales report punyalah macam hmmmmmmm. Malas nak kata. Nampak tak proper tau. Dia just reply, "mangkuk ko terjual 5pcs ye."

Aku yang baca masa tu rasa berapi jugalah kejap. Kalau tu je yang ko nak reply, pesal ko tak reply masa 1-4hb tu? eh aku rasa macam dah tak sedap dengan owner ni.

TAK MENEPATI WAKTU.

Report sales dah dapat, tapi duit sales tak bagi. Aku pun okey takpe takpe. Padahal kalau nak ikutkan, boleh je dia bank in ke transfer ke. Tapi tak. Dia tak ready lagi. Okey fine aku kata. Husband pulak dah balik-balik tanya apa cerita box aku.

Cukup 2 bulan, aku whatsapp dia aku nak check out dari box. Dia pun okeylah nanti datang kedai. Aku pergi kedai, dia takde. Staf dia je. Aku pun cakaplah nak ambil barang sekali dengan duit sales.

Actually aku dah kira berapa duit sales yang aku akan dapat. Aku memang dah siap-siap kira. And then staf dia kata, "kak owner kata duit sales akak RM10 je sebab tolak duit sewa terus."

Masa ni aku mula rasa tak best. Dia dah lupa yang aku ada bayar duit sewa cash dekat dia masa mula-mula masuk dulu. Aku explain elok-elok siap buat lukis atas kertas kira-kira matematik lepas tu snap hantar dekat dia.

Lama gila aku nak tunggu dia reply. Nak dekat 2 jam rasanya. At the end barulah dia reply okey nanti saya check. Bagi akaun number nanti transfer je katanya.

Barulah aku lega. Aku angkat barang aku, blah dari kedai tu. So lepas ni memang pengajaran untuk aku lah. Nak jadi vendor, make sure kena ada surat perjanjian. Segala bukti stock masuk stock keluar, catit. Resit pembayaran sewa pastikan ada dan simpan elok-elok. Jangan nak sisip dekat celah mana-mana lepas tu nak cari balik tak jumpa.

Sekarang aku dah pindah box. Box baru ni aku rasa macam okey sebab surat perjanjian ada. Walaupun agak mahal, tapi okeylah aku rasa. Ingatkan nak try dalam 2-3 bulan.

Tengoklah nanti macamana.
Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Normi Nieza
admin
March 13, 2018 at 2:14 PM ×

ui.bahaya perjanjian xde hitam putih ni..huhu

Reply
avatar
Hans
admin
March 13, 2018 at 4:05 PM ×

betul2
kena ada resit dan bukti hitam putih
apa2 senang nak menjawab sebab ada bukti

Reply
avatar
Mrs Pip
admin
March 18, 2018 at 10:27 AM ×

Betul tu, buat apa2 pmbayaran, wajib minta resit. tak semua org tu jujur kan ... hope vendor baru ni lagi ok ...

Reply
avatar