Cara rawat anak batuk selsema dengan mudah

RAWAT ANAK BATUK SELSEMA DENGAN BIDARA GARLIC BABY BALM | Pagi ni anak aku selsema teruk. Jangkit dari abah dia lah. Patutlah malam tadi kejap kejap bangun. Tidonye tak lena. Dalam masa 1 jam, entah berapa kali terjaga. Sampai satu masa tu, aku ingat dah subuh dah. Tapi bila tengok jam handphone, eh baru kul 12.30 malam lah.

Rupanya semalam tu signal dia nak selsema. Aku ingat apalah. Gangguan ke hape. Suami yang ikut terjaga pun perasan Asyraf tak lena tido. Dia suruh pasang surah dekat handphone. Lenanya kejap je lah. Lepas tu sambung lagi. Bagi susu pun tanak. Nangis je. Signalnya tu seolah-olah nak bagitau "ibuuuu, Asyraf tak selesa niii." haaa gittew.

Pagi ni asyiklah bersin atchoom. Bila bersin je teruih keluar hingus. Sampai berair-air mata. Aku pulak yang kesian. Abah dia balik tengok mata anak berair dia ingat baru lepas nangis. Ala anak ibu.

Pendekkan cerita, aku scroll fesbuk. Banyak sangat iklan yang lalu. Tapi tetiba mata aku tertumpu dengan satu iklan ni. Garlic Baby Balm. hmm first time dengar ni. Aku bacalah details yang dia tulis.

Untuk anak yang selsema, batuk. Eh, macam Asyraf. So aku pun stalk lah produk ni. Betul ke bagus. Selamat ke. Habis segala testimoni aku selongkar. Ramai kata bagus. Baby dorang cepat pulih dengan izin Allah. Eh hati aku pun dah berkobar-kobar nak cuba. Kot lah sesuai untuk anak aku kan.

Laju je whatsapp seller tu. Mula2 macam nak tak nak je beli. Betul ke berkesan. Tapi bila tengok keadaan Asyraf, takpelah. Belum cuba belum tahu kan. Tak salah mencuba. Kita ni boleh ikhtiar je. Selebihnya, Allah yang tentukan sembuh ke tak.

Masa jumpa akak seller tu, sempat jugalah kami sembang sikit. Aku cakaplah kat akak tu, sebelum ni memang pernah baca bawang putih boleh kurangkan selsema dan batuk. Akak tu kata betul. Tu petua orang tua. Tapi leceh sikitlah. Banyak kerja nak buat. Akak tu lagi suka pakai balm ni. Sapu2 je.

Akak tu bagi pakai Garlic Baby Balm ni dekat anak dia, habis keluar hingus. Mak mentua akak tu pun guna. Katanya lepas guna balm tu, leher rasa 'longgar'. Selesalah maknanya. Akak tu pun ajar cara nak guna. Calit sana, calit.

Okey lepas bayar, aku pun balik. Ni dah malam ni. Around kul 7.30 malam. Sampai rumah, aku basuh kaki Asyraf, lap-lap dia terus bawa masuk bilik. Buka balm tu, sempatlah hidu kejap. Bau bawang putih tapi tak kuat. Baca bismillah, calit sikit usap2 dekat dada dia slow2. Dekat belakang buh sikit. Last aku sapu dekat batang hidung sikit.

Sepatutnya sapu dekat tapak kaki juga. Pakaikan stokin. Tapi Asyraf dah pandai jalan. Kang aku pakaikan stokin terlicin pulak nak jalan. Oh lupa bagitau. Anak aku umur setahun. So, yang sapu dekat tapak kaki tu aku ingat nak pakaikan sebelum tido je.

Dah siap pakaikan Garlic Baby Balm dekat Asyraf, aku bawa keluar sebab mata dia masih segar bugar. Takmo tido lagi. Beberapa minit tu aku perasan ada cecair meleleh dari hidung dia. Hinguslah tu. Ambik kain, lap. Lepas tu ada lagi hingus meleleh. Woah, balm ni cairkan hingus anak aku ke.

Dah sampai masa tido, aku sapu dekat tapak kaki Asyraf garlic balm tu and pakaikan dia stokin. Bila dah lena tido tu, aku sapu nipis lagi dekat dada, belakang and batang hidung. Agak-agak dia dah lena, aku pun keluar dari bilik nak packing barang customer.

Sepanjang aku bizi packing barang tu, Asyraf lena betul. Takde ngek pun. Selalu dia terjaga. Dah siap keje, masuk bilik tengok dia. Aku tengok cara dia bernafas. Takut hidung tersumbat ke. Tapi takde. Dia bernafas elok. Lena dia tido tau tak macam semalam. Kalau terbangun pun just nak menyusu je. Pastu sambung tido.

Aku pun macam eh biar betul Garlic Baby Balm ni? Kejapnye. Alhamdulillah syukur Asyraf dah makin okey. Alhamdulillah. Lega aku rasa. Ibu mana sanggup tengok anak dia sakit.

Kan best kalau aku jumpa balm ni masa Asyraf batuk dulu. Sampai kena warded tau. Siap kuarantin lagi. Saspek kokol. Yelah masa tu Asyraf baru 2 bulan lebih. Batuk dia ada mau 3 minggu tak elok2. hmm nantilah aku share pengalaman tu.

Korang, kalau baby kecik selsema ke batuk ke cepat2 bawa pergi hospital. Bahaya tau batuk Kokol ni. Nauzubillah.

Esoknya, selsema anak aku memang dah tak seteruk masa first day tu. Hidung dia dah tak sumbat. Hingus pun dah berkurang. Pernafasan makin bagus. Atchoom2 tu adalah 2, 3 kali tapi jarak masanya jauh2.


So lepas ni Garlic Baby Balm ni memang benda wajib ada dalam beg lah selain barang makeup aku. Senang. Anak dah ada signal nak selsema ke batuk ke, terus sapu. Anak kembung perut ke, pun boleh sapu.

Yang paling best, bukan anak aku je boleh pakai. Abahnya buleh pakai, aku buleh pakai, eh semualah boleh. Amboi. So kena ada sebekas untuk simpanan sendiri. Sharing tu memanglah caring. Tapi lebih elok kalau dalam 1 keluarga, ada 1 Garlic Baby Balm. Harga tak sampai ratus pun kak kiah oi. Beli barang mekap mahal boleh, takkan beli Garlic Balm ni tak buleh.

Ni aku nak bagitau, post ni bukan berbayar ye. Takde orang sponsor ke apa. Aku sendiri nak buat review sebab anak aku dah guna. Benda elok kan. Patut share. Jangan nak membawang je kerja.

Jangan risau, baby balm ni memang dah ada kelulusan KKM. Plus bahan2 nya pun organik. So, selamatlah digunakan seisi keluarga gittew. Harga? RM28 untuk Sabah & Sarawak. Manakala untuk Semenanjung Malaysia pula cuma RM33. Harga dah termasuk postage tau.

Apalah sangat kalau untuk anak-anak. Lagipun balm ni bukan sekali pakai terus habis. Berbulan juga baru nak merepeat beli. Tahan lama dan insyaAllah berkesan untuk anak.


So kalau korang nak, boleh terus whatsapp no ni 0138521382 atau klik je link ni SAYA NAK GARLIC BABY BALM
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
Nikiysha
admin
March 19, 2018 at 11:30 AM ×

terima kasih tia sebab share tips tips hamil dan pasal baby. boleh saya belajar dan terus belajar, atleast saya boleh buat rujukan dan persiapkan diri utk baby nanti :)

doakan saya di izinkan Allah utk merasa nikmat sepertimana tia rasa ya :)

Congrats bro Nikiysha you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar