Pengalaman Ambil Ujian JPJ dan Tips untuk Lulus


Pengalaman Ambil Ujian JPJ dan Tips untuk Lulus | Alhamdulillah aku dah lulus ujian ambik lesen kereta manual pada 22/01/2019. Laju aku update kan. Tau je lulus, terus abadikan dalam blog. Bahagia sesangat rasanya. Siapa dah pernah ambik lesen, dia faham lah perasaan ni. Lepas tempuhi detik-detik mendebarkan selama beberapa jam, akhirnya aku lulus juga ujian JPJ. Dah boleh buat lesen P. Huurayyy!

First of all, masa nak ambik ujian JPJ. Datang awal ye. Awal datang, awal daftar, boleh rileks dan tenangkan jiwa. Sila berpakaian sopan dan yang penting pakai KASUT. Bukan selipar ke high heels ke. Please. Kita nak drive ni bukan shopping. Lepas lulus JPJ baru shopping.

Giliran aku ambik ujian JPJ bukan awal dan bukan akhir. Tengah-tengah. Helok lah. Aku tak plan nak ambik awal pun.

Masa nak mula buat RPK & RSM tu, getar juga kepala lutut ni. Kemain ramai lagi calon. Tambahlah debar di dada. Debar dia masa tu, aku tak leh nak describe. Nebesss tapi nebes kali ni takdelah seteruk masa nak ambik test QTI dulu.

Dan pedih lagi memeritkan. Ujian QTI aku gagal. So, kena mengulang. Dekat tempat lain aku tak sure berapa bayaran ulangan. Tapi tempat aku ni, nak ulang ujian QTI kena bayar RM50. Makanya, melayanglah duit aku. Syukur gagal sekali je. Lepas ambik ulangan, dah lulus.

Bila QTI lepas, akhirnya yang dinanti pun tiba. Ujian JPJ. Ujian nilah yang akan menentukan aku dapat lesen P ke tak. Harapan aku tinggi sangat nak lulus. Yelah, sape nak gagal kan. Kalau boleh, buat sekali terus lulus.

Ujian pertama aku kena lalui, RPK & RSM. Yang ni aku banyak hafal dan faham. Kadang tengok youtube bagi mantapkan lagi performance. Kalau boleh, jangan abaikan ujian ni. Ini sama penting macam ujian lain. Cikgu aku kata. Ramai lemah ujian ni. Drive litar dan laluan luar dah cantik. Tapi RPK & RSM menjunam terus ke dasar laut. Bahaya. Banyak markah tau.

So, kena ambil berat pasal ujian yang ni. Sekali sekala tu, cuba practise buat masa latihan. Ingat semua step. Bila dah ingat, set masa. Semua ujian ada masa. Boleh kurang, jangan lebih. Kalau dapat pegawai yang menepati masa. Berhuhuhu lah jawabnya.

Bila RPK & RSM dah siap, tunggu giliran buat ujian litar pulak. Ujian litar ni, kalau masa latihan dah terer. Masa JPJ mesti boleh punya.

Tempat lain aku tak sure macamana. Buat apa dulu. Tapi dekat tempat aku ni, untuk ujian litar. Kena buat Bukit dulu, Parkir Sisi, Tiga Penjuru, Selekoh Z dan akhir sekali Selekoh S.

Kita pergi bukit dulu. Ni cara aku buat ujian bukit. Make sure kau dah tau ye macamana nak pastikan tayar betul-betul atas garisan kuning. Masa naik bukit, side mirror belah kanan kena selari dengan tiang pertama. Tayar kena ada dalam garisan kuning. Masa latihan, biasakan diri untuk belajar.

Masa JPJ, aku tengok ramai yang tak cecah garisan kuning. Tayar tak sampai. Awal sangat break. Kalau dah break awal, rasa macam takde harapan dah. Jadinya, belajar macamana nak adjust tayar masuk garisan eh.

Bila dah break atas bukit, hand break kena tarik betul-betul. Hand break ni, kau kena main masa latihan. Kenali hand break. Aku memula dulu taktau pula hand break ni ada 'Tiga Mata'. Dia macam ni. Sekali tarik, 1 mata. Cuba tarik kuat sikit, 2 mata. Tarik sekali lagi, 3 mata.

Kebanyakkan kereta, kena pakai 3 mata untuk betul-betul bagi tahan kereta jangan gerak undur ke belakang. Kau boleh test masa latihan. Tapi untuk keselamatan especially masa JPJ, elok guna 3 mata. Konfem kereta akan stop. Bila kereta dah steady atas bukit, masa ni clutch/cekam kaki jangan lepas. Pijak je. Jangan lepas.

Sambil kaki kiri pijak clutch, kaki kanan selow-selow tekan minyak. Naikkan minyak sampai 2rpm. Maintain kan je. Bila minyak dah maintain, lepaskan clutch pelan-pelan. Kalau ikut skill aku, masa ni tangan kanan pegang stereng. Tangan kiri pegang hand break.

Masa lepas clutch tu, bila rasa kereta macam kena 'tolak' ke depan. Masa tulah tangan kiri lepas hand break dan zapppp terus lepas turun dari bukit. Eh eh, kawal stereng masa dah turun tu.

Haaa, belajar balik-balik buat bukit ni sebab ramai sangkut bukit. Tapi bila dah faham kaedahnya. Konfem senang. Percayalah.

Selesai ujian litar, laluan luar pulak. Siap semua, tunggu keputusan dan markah dari pegawai JPJ.

Sebenarnya, aku pun tak jangka boleh lulus. Bayangkan masa QTI pun aku gagal. Ni kan JPJ. Tapi Allah nak bagi kan. Syukur alhamdulillah. Nebes pun nebes tapi kena stay fokus. Bayangkan je kau tengah berlatih macam biasa. Mungkin sebab aku dah rasa ujian QTI kan. QTI tu kira pra-ujian JPJ lah. Cuma pengujinya bukan pegawai JPJ. So, dah nampak prosedur dia macamana. Sebab tu nebes masa ujian JPJ masih boleh kawal.

Meh aku nak share sikit.

Masa aku tengah tunggu giliran sebelum mulakan apa-apa ujian. Aku baca doa Nabi Yunus AS masa dalam perut ikan Nun.


Ù„َّا Ø¥ِÙ„َÙ€ٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َنتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]

Maksud doa tu sendiri sangat mendalam. Sepanjang ujian JPJ tu aku baca ni lah. Nanyi dalam hati. Kan ada lagunya tu. Aku ulang baca sesambil nak menenangkan hati. Alhamdulillah nebes tu memang berkurangan. Adalah juga sikit tapi sekurang-kurangnya masih under control gittew.

Doa sangat penting ye. Jangan lupa doa.

Lepas tu, hormat cikgu atau tuitor yang mengajar. Kena ingat. Tuitor tu dah bagi ilmu dekat kita. Hormatlah tuitor tu. Senangkan hati dia. Jangan kita nak buruk-burukkan orang yang dah bagi ilmu. Aku panggil tuitor aku cikgu. Bagi aku, dialah cikgu aku masa di litar. Yang bagi aku ilmu.

Haa, benda ni jangan buat main. Kau tak hormat cikgu, takut ilmu tak berkat. Payah pula kang nak lulus dengan cemerlang.

Aku rasa, tulah sikit tips yang aku boleh share. Selebihnya, kena usaha betul-betul. Taktau, tanya cikgu elok-elok. Nak lagi power, tengok youtube. Fahamkan. Lepas tu cuba praktikkan atas litar masa latihan.

Tu jelah dari aku. Lesen pun dah ada. Merempitlah aku lepasni. Hahahahaaa. Gilaaa. Takdelah. Aku akan jadi pemandu yang berhemah di jalan raya. So, all the best uols yang bakal ambik lesen memandu especially yang nak ambik ujian JPJ.

Good luck!
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Cik Nor
admin
January 24, 2019 at 9:26 AM ×

good sharing tia..:)

Reply
avatar
TheEunola
admin
January 24, 2019 at 11:50 AM ×

TAHNIAH tia, lepas ni boleh bawa anak jalan jalan drve sdiri. yeyy hehe

Reply
avatar