Yeay! Dah Daftar Kursus Kemahiran Dandanan Diri dan Jahitan Anjuran KEMAS


Hi.

Aku ada banyak benda nak share. Tapi serius malas nak menaip. Cuma kali ni aku gigihkan juga menaip demi sesuap adsense mucuk masyam.

Kita tinggalkan bab adsense dan berbalik pada ceritera harini.

Aku dah register masuk kelas Pendidikan Kemahiran Dandanan Diri anjuran KEMAS. Kelas pertama pagi tadilah. Sebenarnya ada tiga kelas boleh pilih. Dandanan Diri, Menjahit dan Memasak. Tapi aku gagah perkasa ambik 2 kelas sekali harung. Dandanan dengan Menjahit.

Kenapa Dandanan Diri?

Sebabnya, aku ni suka mekap. Salah satu topik pembelajaran dalam Dandanan tu ada solekan. Sebab tu aku beriya join. Tapi bukan ada solekan je. Ada banyak lagi sebenarnya. Macam Medicure Pedicure, Henna, Special Effect Makeup (ala yang darah-darah tu), Eyelash Perm, Spa hmm aku lupa dah yang lain.

So, memang banyaklah kan.

Kelas ni sebenarnya bukan semua tempat ada tau. Macam aku ni, aku jumpa pun sebab dengar orang cerita. Lepas tu jumpa iklan dekat facebook. Aku apalagi. Terus daftarlah. Lagipun anak aku dah besar. Boleh kut tinggal kejap-kejap.

Ohye, nak daftar ni ada yurannya. Tengok tempat ambik kelas tu. Lain tempat, lain bayarannya dan lain masa kelasnya.

Macam aku ni dekat Kampung Serusup Tuaran, yuran cuma RM20. Bulan-bulan bayar RM5. Waktu kelas berlangsung pula memang menepati kehendak aku. Kelas diadakan seminggu sekali 3 jam setiap sesi. Haa, habis je kelas bolehlah bedesup lari ambik anak.

Kenapa Menjahit

First of all, mak aku ada mesin jahit. Mesin jahit kedai aku panggil. Ala yang besar tu. Sanggup dia beli. Tapi last-last bukan guna pun. Duduk dalam bilik jadi perhiasan. Tahun-tahun baju kurung beli jugak. Katanya sakit belakang kalau menjahit.

Okeylah. Faktor umur kan. Sebab tu aku ambik kelas jahitan ni. Aku minat jugak menjahit. Teringin nak buat baju sendiri. Baju untuk anak. Untuk family. Orang nak hantar upah jahit pun aku boleh ambik. Dapat juga tambah pendapatan keluarga kan?

Ada pelajar ambik kelas jahitan ni, dah mula ambik tempahan pun. Dia jahit kemeja pakcik dia. Pakcik dia tu cikgu sekolah. Cikgu kan nak berkemeja sokmo. Ha sebab tu pakcik dia bagi upah buat kemeja. Syok kan?

Tapi untuk kelas jahitan aku tak masuk lagi. Hari pertama kelas aku dah sakit. Selsema, berat kepala. Selsema aku ni pesen meleleh. Kejap-kejap leleh. Stress aku. Terpaksa hold kejap. Nasib baik cikgu kelas jenis memahami. Tapi tulah, kena bagitau awal-awal supaya dorang tak tunggu kita.

So lepas ni aku boleh update lah apa benda aku belajar dalam kelas kan. By the way. Aku kan suri rumah. Jenis terperuk 24 jam dalam rumah. Bila ikut kelas ni, jumpa orang baru. Rasa seronok. Dapat sembang-sembang. Kenal orang baru. Its good lah bagi aku.

Bah itu sajalah mau cerita. Tunggu next time punya story mory k. Harap masa tu takdalah perangai malas menaip datang.
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
CahayaHannan
admin
January 16, 2019 at 10:01 AM ×

Hi tia, kin pun penah ambik kusus menjahit lepas spm, baju nikah kite dengan suami pun boleh buat sendiri. belajar tak salah, boleh buat side income utk kita juga hehe

Congrats bro CahayaHannan you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar