Bila anak kena cacar atau chicken pox kali pertama



Benda yang paling ditakuti akhirnya jadi jugak. Masa raya haritu ramai cousin kena chicken pox. Bila tau je pasal tu, memang aku kuarantinkan terus budak Asyraf. Takut terjangkit. Sanggup tau tak berjalan beraya. Mereput dalam rumah.

Last-last masa raya haji pulak dia kena. Takde pulak orang sekeliling yang tengah kena. Tapi tup tup dak Asyraf pula kena chicken pox ni. Tu pun aku perasan petang masa tengah baring-baring. Tetiba nampak biji merah seketul dekat belakang dia. Ingatkan nyamuk.

Esoknya belah petang aku dapat rasa badan dia suam-suam macam nak demam. Lepas mandikan dia, lap lap badan eh baru nampak biji-biji merah makin naik atas badan. Biji semalam yang aku nampak memula tu dah ada mata air. Mak mentua terus mention cacar air. Aku pun tanjat gegirl hoiii. Takdak angin, takdak petir, Asyraf kena cacar.

Malam tu jugak ajak somi bawa Asyraf ke hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas. Ingatkan pegi kaunter emergency macam masa Asyraf batuk umur 2 bulan dulu. Rupanya dekat situ untuk budak bawah 2 tahun dengan ibu ngandung je. Since Asyraf dah 2 tahun lebih, nurse suruh pegi bahagian Onkologi.

Syukurlah sebab tak lama nak menunggu sebab tak ramai orang. Aku rasa tak ramai sebab situ memang khas untuk budak-budak kot. Tak campur orang dewasa. Kalau campur, mesti ramai. Baru nak duduk dah kena panggil masuk bilik jumpa doktor.

Keluar dari bilik doktor, dapatlah abahnya coti kuarantin seminggu. Sebab abah dia keje government, dapatlah MC atas nama anak. Kemahen tau seminggu. Lepas tu dapatlah 3 jenis ubat. Ubat demam, ubat tahan gatal dengan losyen calamine untuk sapu.

Jenuh jugak aku meng-google nak cari maklumat pasal chicken pox ni. Semua pun kurang lebih. Aku nak tau, betul ke kalau kena cacar air ni tak boleh berangin atau berkipas? Orang tua sini pesan kat aku jangan bagi kena kipas. Sumpah aku taktau betul ke tak. Tapi aku buat jugak kejap belah siang. Kipas tak on. Bukak je pintu depan nak bagi angin sepoi bahasa masuk. Habis peluh tiak tahan panas oi. Dahlah duduk rumah teres kiri kanan takde tingkap. Melekat dengan rumah jiran sebelah menyebelah. Angin segar susah nak masuk. Menganga lah pintu depan tu.

Malamnya gigih lagi aku google pasal pantang larang bila kena chicken pox ni. Yang pasal boleh berkipas ke tak tu aku tetap tak jumpa. Tapi ada sorang blogger kata bila kena chicken pox ni, elakkan berpeluh. Bila berpeluh, luka jadi miang dan gatal. Haa, bila pikir logik. Kalau tak pasang kipas, tak ke berpeluh jadinya?

Tidur malam tu aku on je aircond tapi suhu tak terlalu jejuk. Guna mode dry. Kalau cool pun, suhu mesti atas 20. Alhamdulillah. Asyraf tidur lena jugak. Takde merengek tetengah malam. Sebab kalau dia kepanasan, tidur tak lena, konfem tengah malam bangun lepastu nangis-nangis. Yelah. Kita pun orang dewasa tidur tak selesa konfem tak lena kan. Budak apatah lagi. Nangis jelah.

Salah satu tips femes yang selalu digunapakai bila kena cacar ni, minum air kelapa segar. Yang ni aku memang buat. Suh somi beli buah kelapa 2 bijik, bagi Asyraf minum. Kita ni eksaited lah tebuk buah kelapa tu nak bagi dia minum. Sekalinya tak suka pulak minum air kelapa. Adalah adegan pujuk memujuk beberapa episod. Baru dia nak minum. Tu pun sedut sikit-sikit cukup lepas dekat tekak je. Hailah anak bertuah.

Bab nak mandikan pula. Yang ni mentua kata tak payah mandikan. Mak aku pun cakap benda yang sama. Tapi bila aku baca, ramai je suruh mandi. Siap suruh kerapkan mandi lagi sebab nak bagi badan sejuk tak gatal-gatal. Bila mentua nampak aku heret Asyraf masuk bilik mandi, dia tanya. Nak mandikan dia ke? Aku jawab je ha ah. Nak bagi dia selesa sikit. Teros zappp masuk bilik air. Sib bek mentua tak bishing.

Aku mandikan juga Asyraf tapi tak pakai sabun. Takut pedih kena luka. Siram-siram sikit. Asyraf pun tak merengek bila aku mandikan. Kalau dia rasa sakit, memang dia akan bagitau sakittt. Tapi elok je dia. Maksudnya okeylah kan. Siap mandi, aku lap. Pelan-pelan je lap guna teknik dap dap foundation atas muka. Hahahahaha. Yelah. Taknak kena luka tu. Kesian.

Makan dia, aku memang pantangkan telur. Tapi terbagi ikan. Rupanya kena elakkan seafood. Cuma tak banyaklah isi ikan aku bagi tu. Carik carikkan sikit je campur dalam nasi. Terkejut aku dia ikut kitorang laki bini makan sayur bendi. Aku buat sambal belacan cicah bendi yang dicelur. Asyraf join sekaki makan sayur tu. Tak ikut nyicah lah sebab dia tau pedas. Habis juga 3 batang bendi dikunyahnya.

Aku citer panjang-panjang ni benarnya baru masuk hari kedua Asyraf kena chicken pox. Alhamdulillah sebab dia tak merengek sangat. Aktif pun aktif. Demam dia pun tak naik sangat. Suam suam kuku je. Makan pun macam biasa. Air memang aku lebihkan siap standby sebotol dalam bilik nak bagi minum malam-malam.

Aku doakan, semoga korang atau anak korang yang tengah kena sakit ni sekarang cepatlah elok, cepatlah kering. Yelah. Siapa nak sakit kan? Semua orang pun nak baik je.
Previous
Next Post »