Update Blog 100% Guna Handphone Je

Buka Guna Chrome

Sejak apps untuk update blog guna handphone dah tak boleh guna, sejak tu aku jarang menulis dekat sini. Nak buka laptop memang kirim salam lah. Baru duduk kejap nak login, anak aku dah panjat naik join sekaki. Last sekali memang bye-bye lah jawabnya.

Tapi kannnn. Aku dah jumpa cara baru nak update blog guna handphone 100%! Takyah nak on laptop bagai. Janji ada phone, dah boleh dah. Entri yang post ni, guna cara ni lah. Senyum-senyum aku menaip sebab lancar weh. Takde hang apabenda. So, bolehlah aku meroyan banyak-banyak lepasni dekat blog. Hahahaaa.

Cara yang aku maksudkan tu ialah guna Chrome. Open New Tab. Search 'blogger', login macam biasa. Dah boleh post dengan senang hati. Dulu aku pernah try nak update guna Chrome ni. Tapi sekat-sekat. Nak taip huruf sebiji-sebiji pun hazabbb. Belum karangan 1000 patah perkataan.


Boleh Add Image

InsyaAllah lepasni memang ada je lah benda aku nak post memandangkan dah jumpa cara baru dan mudah untuk update blog. Tu pun kalau tak keluar penyakit 'M' ni. 😂

Tu jelah untuk first posting selepas berkurun lama tak berupdate. Dah bersawang blog ni. Ish ish ishhhh.



Previous
Next Post »