Pengalaman Mengandung Anak Ketiga Tiba-tiba

Alhamdulillah. Finally Allah bagi lagi merasa mengandung untuk kali ketiga. Dan terdetik pula nak coretkan dalam blog ni sebab untuk kandungan kedua haritu aku tak dapat nak ingat sangat peristiwa-peristiwa yang terjadi. So kalini aku akan cuba tulis supaya bila anak-anak dah besar nanti dapatlah dorang baca balik kisah-kisah ibu dia ni.

Aku tak tau macamana nak start. Dah lama sangat tak mengarang buat ayat panjang-panjang. Rasa macam tak tau nak tulis apa. Takpe aku cuba ehh.

Semuanya bermula lepas raya. Tiba-tiba aku rasa macam tak bersemangat nak buat apa-apa. Bangun pagi je memang rasa lemas. Perut rasa tak sedap macam masuk angin manjang.

Aku dah start google. Simptom aku tu dah macam orang kemurungan gayanya. Bayangkan, nak buat apa-apa takde semangat. Rasa nak marah je. Bila tengok tiktok yang sedih-sedih, mudah sangat nak menangis padahal video pendek je tapi dia punya airmata mengalir ya Allah. Sedih sangat ye.

Masa ni memang tak terlintas langsung dalam otak yang aku pregnant. Sebab dua orang anak aku sebelum ni, aku pergi berurut dulu naikkan peranakkan. Dan lepas beranakkan anak kedua aku memang takda pergi berurut sebab operate czer kan. Risau nak urut-urut. Ada sekali lah berurut tu pun urut biasa ja. Bukan urut naikkan peranakkan ke apa.

So, memang tak terfikir langsung yang aku ni berisi. Sekali bagitau akak vendor tempat aku simpan kek yang aku kurang sihat, dia terus tanya dah cek upt tak? Entah-entah berisi.

Masa ni aku pun macam eh boleh ke macam tu? Hahahaaa. Bongok tul. Last-last malam tu pergi beli upt murah dekat farmasi. Ala upt yang basic tu yang macam kertas je tu. Strip nama dia. Harga dalam RM5. Balik rumah tu memang terus cek. Tak tunggu esok pagi dah ye gelojoh punya pasal. Result dia naik satu line terang dan satu line yang terrrrrrsangatlah kabur.




Aku tanya toklaki, nampak tak garisan blur tu. Dia cakap ha'ah nampak. Ish aku pun taktau nak rasa apa masa tu. Last-last esok pergi lagi beli upt dekat Watson. Kalini beli dua upt. Dua-dua tu murah punya juga aku beli. Tapi bukan yang jenis strip tu Upgrade sikit. Ambik yang cassette pula. Range harga bawah RM7.

Esok pagi terus cek, fuyoooo double line naik terang benderang nokkkkkk. Terjawablah segala permasalahan aku sebelum ni. Ingatkan aku tengah depression ke, kemurungan ke apa kan. Sebab tetiba mood swing hidup takde motivasi. Ghopenye, yang ketiga dah on the way.

Alhamdulillah. Tak sangka langsung Allah nak bagi rezeki lagi. Lagipun anak kedua dah masuk empat tahun. Aku pun nak masuk 32 tahun. Kira dah sampai waktu kot nak menambah.

Setakat ni dululah cerita mengandung yang mengejut ni. Nanti aku sambung lagi journey pregnant aku yang seterusnya. Sebab lain kandungan, lain perjalanannya. Semoga aku dan baby sihat dan kuat tempuh beberapa bulan yang akan mendatang.




Previous
Next Post »