Resepi Dalgona Coffee Versi Tak Pahit Sangat



Dolgana ke, dalgona ke aku pun dah tetiba kompius. Tapi rasanya dalgona coffee kut. First time aku nampak Herry Rozular yang buat. Esoknya barulah nampak menate ni lalu lalang dekat newsfeed fesbuk. Viral katakooo.

Aku ni bab bab makanan ke minuman ke memang susah nak tolak. Lelagi yang viral. Dia macam asek ulang tayang dalam minda suruh aku buat. Selagi tak buat, selagi tu tido tak lena. Over nau kau sis.

Ada beberapa kali jugalah aku try buat. First time buat pakai 3in1 coffee. Tak menjadi. Cair entah kenapa. Last-last aku buat ice blend je tanak membazir punya pasal. Kali kedua aku pakai serbuk indocafe. Resepi ikut bulat bulat. Dua sudu serbuk coffee, dua sudu gula tapi aku pakai sugar brown baki buat homemade Boba Pearl Sugar Brown haritu and lastly air panas 2 sudu.

Aku takdek mixer. Nak keluarkan blender pun rasa alahai malasnye. Jalan akhir, pakai garfu je. Memula tu rasa nak gibab juga sebab jenuh nak mengocoknya. Tapi makin lama dikocok, dia dah start change kaler jadi brown. Terus besemangat nak kocok lagi dan lagi.

Seronok aku tengok bancuhan jadi gebus. Dari dia itam pekat sampailah jadi rich brown. Bangga wey dapat hasil se-smooth ittew. Pakai garpu pun boleh sis.

Bila dah siap kocok coffee, aku ambik gelas transparent, buh ais beberapa ketul. Tuang susu kotak Dutch Lady full cream. Baru ceduk cream coffee tadi as topping. Tarraaaaa. Sekali pandang macam coffee have have uolssss.

Dan sekali aku teguk, werkkkkkkk. Pahit namateyyy. Pahit oiiii. Tapi dua kali teguk, hmm not bad tapi still pahit. Kalau coffee lover aku rasa ni taste dorang kut. Pahit leting cenggini. Aku suka juga minum tapi nak ada rasa manis suwit suwit lemak bekrim.

Esoknya. Tengah merenung luar jendela sambil mengenangkan movement restricted order with hashtag stay at home, aku terasa nak membuat sekali lagi dolgana coffee tuh.

Cuma kalini aku nak derhaka sikit dari resepi asal. Since yang sebelum ni aku buat pahit kan. So kalini nak bagi manis sikit. Bahan bahannya masih sama. Tak berubah. Tetap ada indocafe, gula dan air panas. Just ubah sukatan.

Dalgona Coffee Manis Tak Pahit Sangat nama dia.

Cara nak buat sonang yoo. 2 sudu indocafe, 3 sudu gula, 1 setengah air panas. Ohye, aku pakai gula biasa je. Gaul gaul sampai jadi smooth. Kali ni sure tak pahit dah. Ada manis sikit tapi taklah manis sangat. Boleh adjust secukop rasa. Sedap uiiii. Aku minum bergelas gelasss. Konfem segar bugar mata malam nih.

Aku ada try nak buat dalgona milo tau. Tapi mencik tol. Tak menjadi. Setengah jam mengocok tak smooth langsung. Rupanya kena letak ovalette. Aku manada ovalette. Takkan nak p kedai semata cari menatang tuh. PM dah pesan kut JUST STAY AT HOME. So next time jelah dalgona milo eh.

Gudlakkkkk ;)
Newest
Previous
Next Post »