Inilah Kisah Tia

Biarlah Tia rahsiakan siapa nama Tia yang sebenar sebab dalam blog inilah akan Tia luahkan segala apa yang terpendam dalam hati Tia. Tia bukan siapa. Tia tahu semua orang ada masalah dalam hidup masing-masing. Begitu juga Tia. Hidup ni memang penuh dugaan tapi Tia tak boleh pendam dalam hati. Tia perlu luahkan.

Tak perlu caci maki Tia. Tia tak perlu semua tu sebab tak ada siapa akan fahami. Tia akan coretkan di sini perihal kehidupan Tia. Kalau ianya tak baik, mungkin ia patut menjadi pengajaran kepada siapa-siapa.

Tia takkan tahu bila ajal akan datang menjemput. Blog ini akan Tia jadikan teman dalam hidup Tia dikala Tia suka atau duka.


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ni entri pertama Tia pada 26/04/2011 masa mula-mula pembukaan blog ni. Bila baca rasa shengal pun ada. Ayat suci habis. Konon-konon dulu nak cerita pasal kehidupan 100% lah. Sekali idea nak cerita pasal perihal diri sudah ke laut daaa. Tia tak reti.

Last sekali, blog ni dah jadi tempat luahan pendapat peribadi pulak. Takpelah. Seronok jugak bila baca kan. Korang pun apalagi, meh lah share entri pertama korang masa mula-mula berblog dulu. Tengok bezanya. Hahaa!

Oldest

1 Comments:

Click here for Comments
Bro ahmad
admin
September 12, 2011 at 9:15 PM ×

sama la kita tia..saje godek entri pertama..buat lawatan kawan2 bro...:)

Congrats bro Bro ahmad you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar