Jika Terakhir Buatku

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Senyum.

Ana suka sangat menulis. Sebab tu blog ni diwujudkan. Ana berharap dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat pada pembaca. Tapi entahlah. Risau juga kalau-kalau penulisan ini akan 'makan' diri ana sendiri suatu hari nanti. Nauzubillah min zalik.

Melihatkan entri di draft yang semakin bertimbun, ana mula berfikir. Setiap entri yang ana cuba karang sering tergendala. Sampai separuh perenggan, ana berhenti. Tak diizinkan sama sekali untuk ana publish dan kongsikan bersama pembaca padahal ana tahu apa yang mahu disampaikan. Mungkin ada yang tak kena.

Entahlah. Ana rasa, mungkin ana patut berhenti sekejap dan mula muhasabah diri. Sebelum mengundurkan diri, ana sempat dengar lagu ini. Jika Terakhir Buatku dari Saujana. Indah sungguh liriknya. Selamat menulis semua. Menulislah kerana Allah s.w.t. dan sebarkan cinta-Nya.

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Previous
Next Post »

11 Comments

Click here for Comments
Tengkubutang
admin
June 3, 2013 at 12:20 PM ×

haii.. salam kenal.. =)

2107

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
June 3, 2013 at 9:56 PM ×

Assalamualaikum.

Tia.. jujur akak cakap..tak dapat nak ikuti penulisan tia.. tia sangat pantas menulis.. ^_^

Renungkan kembali, kenapa tia menulis. Dan kenapa apa yang dikarang, terhenti dan tergendala..cuba cari puncanya.. kalau perlu berehat untuk tgk kenbali pa yg kita dah buat, itu baik juga.

Macam akak, memang dalam setahun, ambik 'cuti' dari dunia blog. Jenguk tetap jenguk, tpi pada masa, berfikir2 juga apa adanya.

Bagi akak, tia memang ada bakat menulis. Tia mmg boleh mengarang ayat dgn baik.. mungkin tia kena cari medium yg lain utk curahkn bakat menulis ni selain di blog? mungkin.. ^_^

Reply
avatar
ary_lee
admin
June 3, 2013 at 10:37 PM ×

Tia, ary pun macam tia jugak. byk da draft. Tapi, ary rasa Allah tak izinkan. dats y tak terpublish. Alhamdulillah. Allah melindungi kita dan menghalang setiap apa yang DIA rasa tak patut^^v

Manusia yang paling disukai Allah ialah golongan yang memberi manfaat kepada orang lain^^v

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 4, 2013 at 10:28 AM ×

sedih.. -.-'

saya pon pernah berada dlm situasi awak.
kan kdg2 awak tengok sy tenggelam timbul dlm dunia penulisan. kdg2 masa diperlukan utk menilai semula apa tujuan dan niat kita.

sy harap awak dpt menembusi kebuntuan tu.

dan kembali menulis seperti biasa.

sayang sekali, tinta yg seharusnya dpt digunakan utk menyedarkan orang ramai disimpan begitu saja.

ambil masa Tia, ingatlah Allah sentiasa bersama kita.

:)

Reply
avatar
Nina Mads
admin
June 4, 2013 at 5:32 PM ×

Sama jugak byk draft tp tak publish pun. kadang2 takut jugak org xberapa suka dgn penulisan sendiri.

Reply
avatar
Unknown
admin
June 5, 2013 at 12:03 AM ×

waalaikumussalam.

terima kasih sudi bertandang ke mari :)

Reply
avatar
Unknown
admin
June 5, 2013 at 12:06 AM ×

waalaikumussalam.

tak pe kak lana. nasihat dari akak memang membantu tia. tia dah tau puncanya. insyaAllah, tia akan cuba ubah kesilapan tia kak.

tia tahu, tu semua peringatan dari Allah untuk tia. cinta blog, sama macam mencintai dunia. tia tak boleh mencintai dunia melebihi cinta pada Dia. itulah silap tia. terlalu meluangkan masa untuk blog. Allahuakhbar :'(

terima kasih kak lana. sayang kak lana kerana Allah :)

Reply
avatar
Unknown
admin
June 5, 2013 at 12:08 AM ×

ary, seriously.. apa yang ary kata memang betul dan ada benarnya. Allah nak melindungi tia yang cuba melampaui batas. insaf ya Allah :'(

tia akan cuba untuk terus menulis untuk memberi manfaat pada orang lain.

Reply
avatar
Unknown
admin
June 5, 2013 at 12:11 AM ×

nazirah, terima kasih juga untuk kata-kata semangat ni. saya hargai sangat-sangat. insyaAllah, saya akan cuba renung kembali diri saya.

jujur saya katakan. keinginan untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat pada orang lain sangat meluap-luap dalam diri. cuma mungkin saya perlu fikir secara tenang cara apa yang saya perlu lakukan supaya tidak melampaui batas.

terima kasih :')

Reply
avatar
Unknown
admin
June 5, 2013 at 12:11 AM ×

biasalah tu kan ada orang suka dan tak suka :)

Reply
avatar
Akunyer
admin
June 19, 2013 at 12:44 PM ×

Sori tia.. Lama sudah xjenguk.. Sgt2 bz..

Reply
avatar